Pilihan Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

By | March 12, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook4

Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih | Boleh ke kita hidup sehari TANPA gula? Atau sememangnya kita ni jenis Sweet Tooth yang sukar nak singkirkan gula dari kehidupan seharian?

Gula ni memang komponen yang penting dalam diet harian kita, sama ada nak minum teh atau kopi ataupun sebagai bahan tambahan nak baking, buat desserts dan sebagainya. Tanpa gula, pastinya tak cukup lengkap kan?

Namun, kita tidak menyedari bahawa selama ini GULA PUTIH yang menjadi pemanis minuman dan makanan kita sebenarnya tinggi dengan kandungan kalori dan nilai glisemik. Ianya mempunyai kesan negatif ke atas badan dan penyumbang utama kepada penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, obesiti dan lebih 60 penyakit kronik merbahaya lain yang boleh membawa kepada kematian! Ngeri kan?

Menurut American Heart Association, maksimum amaun pengambilan gula hanya 150 calories per day (37.5 grams or 9 teaspoons) untuk lelaki dan 100 calories per day (25 grams or 6 teaspoons) untuk wanita.

Masalahnya ialah semua perasa yang digunakan di dapur juga ada gula. Ini yang menyebabkan kita sukar untuk mengawal pengambilan gula.

Alternatif yang sihat ialah pemanis semulajadi yang boleh digunakan di dalam apa saja masakan dan minuman tetapi yang paling penting tidak memudaratkan kesihatan kita.

Apabila kita mencari alternatif pemanis semulajadi menggantikan gula putih, terdapat beberapa perkara penting untuk difikirkan.

Kita bukan saja dapat pemanis yang sihat, tapi selamat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  1. Pemanis yang boleh menggantikan gula putih.
  2. Pemanis yang boleh dinikmati oleh pesakit kencing manis sepuasnya.
  3. Pemanis yang tidak membahayakan pesakit jantung dan darah tinggi.
  4. Pemanis yang boleh membantu menurunkan berat badan.
  5. Pemanis yang boleh dinikmati 24 jam sehari dan boleh dicampurkan ke dalam apa saja masakan, makanan dan minuman!

Pilihan Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

  • Madu

Madu dianggap sebagai pengganti yang paling sihat dan popular. Madu mentah atau yang belum diproses, terutamanya yang berwarna gelap, kaya dengan antioksidan dan nutrien seperti vitamin C yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti radang.

Ia juga membantu untuk menggalakkan jantung, penghadaman dan pernafasan, meningkatkan imuniti, merendahkan kolesterol dan juga menyembuhkan kanser.

Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

  • Black Strap Molasses

Amat berkhasiat dan kaya dengan nutrien penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, kalium dan vitamin B6 Indeks glisemik yang sederhana, menjadikannya alternatif yang lebih baik daripada gula putih untuk pesakit kencing manis.

Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

  • Date Sugar

Kurma adalah buah-buahan yang boleh dimakan secara semula jadi gula dari pokok kurma. Kurma mengandungi vitamin B6, vitamin A, kalium dan kalsium.

Antioksidan yang kuat membantu untuk meningkatkan pencernaan dan kesihatan kardiovaskular, melegakan sembelit dan masalah usus.

Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

  • Maple syrup

Maple syrup ialah pemanis semula jadi yang diperkaya dengan antioksidan yang kuat seperti riboflavin yang membantu untuk meningkatkan stamina dan tenaga. Ia juga mengandungi kesan kecil kalsium dan manfaat zink. Biasanya digunakan dalam bubur, penkek, wafel, roti bakar Perancis dan oatmeal.

Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

  • Stevia

Stevia adalah pemanis semula jadi yang diperolehi daripada daun Stevia Rebaudiana dan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Stevia Natural Sweetener juga dikenali sebagai daun manis (sweetleaf), daun gula (sugarleaf) dan juga herba manis (sweet herb).

Indeks glisemik yang rendah, bebas lemak dan kolesterol serta nilai kalori sifar menjadikan ia pilihan yang ideal bagi pemanis untuk pesakit kencing manis dan menjaga berat badan.

Manfaat Stevia dan Xylitol kepada Kesihatan

Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

KALAU KITA INGIN MENIKMATI HIDUP SIHAT TANPA GULA, INILAH MASANYA!

Jom tukar kepada Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih hari ini juga!

26 thoughts on “Pilihan Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih

  1. Fidah Shah

    Saya dah start guna stevia..
    Kadang2 takut juga tentang pengambilan gula yg berlebihan dlm menu sehari hari..good info. Tq
    Fidah Shah recently posted…Broccoli MuffinMy Profile

Comments are closed.