Menggalas tugas sebagai surirumah tidak semestinya hanya perlu bergantung kepada sumber kewangan suami. Buktinya, sudah ramai wanita yang mampu menjana pendapatan sendiri meskipun bergelar suri rumah sepenuh masa.

Jika dulu, ibu yang tidak bekerja hanya menguruskan keperluan keluarga 100% yang hanya berkisar tentang memasak, mengemas, mengemop, membasuh baju, melipat kain dan menjaga anak. Tapi sekarang ada jawatan tambahan iaitu menjana pendapatan dari rumah. Jadi, dapatlah title “Surirumah Berduit” yang turut menyumbang pendapatan kepada ekonomi keluarga.

Ramai golongan surirumah yang sudah menceburkan diri dalam bidang perniagaan atas talian (online) dengan berpaksikan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Ada juga yang menggunakan cara ‘offline’.

Mereka lebih bijak dalam menjadikan sesuatu kemudahan yang ada menjadi sumber untuk menjana pendapatan.

Peluang Bisnes Shaklee untuk Suri Rumah Menjana Pendapatan

bisnes shaklee untuk surirumah

MV menggunakan sepenuhnya kemudahan Internet dan media sosial untuk menjana pendapatan kepada kewangan keluarga. Dengan hanya bermodalkan RM65 ketika ketika awal pembabitan dalam perniagaan Shaklee semasa mendaftar keahlian.

Bisnes Shaklee ni sangat mudah kerana suri rumah tidak perlu susah payah nak bertemu pelanggan di luar. Hanya berkomunikasi melalui whatsapp sudah boleh ‘close deal’.

Lagipun, produk Shaklee ni untuk kegunaan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan memudahkan pelanggan mendapatkan barangan keperluan diri di satu tempat. Bukan hanya setakat vitamin untuk kesihatan dalaman, untuk kecantikan luaran seperti set penjagaan kulit wajah dan keperluan dapur juga turut dijual.

Keuntungan yang ditawarkan untuk setiap produknya juga tinggi dan tidak seperti MLM yang lain yang bersifat ‘head hunter’. Dengan Shaklee, setiap individu perlu berusaha keras untuk mencapai target jualannya setiap bulan dengan tidak mengharapkan kepada ”downline’ untuk beri bonus yang banyak kepada akaunnya.

5 SEBAB KENAPA BISNES SHAKLEE SESUAI UNTUK SURI RUMAH

1. Fleksibiliti masa di rumah mengikut kesesuaian sendiri.

Kalau bekerja dengan majikan mesti ada punch in dan punch out kan? Selalunya 8 pagi hingga 5 petang. Tapi bagi MV pula selepas selesai menguruskan hal makan minum dan sekolah anak selalunya akan masuk ofis pada pukul 9.00 pagi.

Urusan anak-anak MV utamakan dahulu. Ada jadual yang perlu mereka ikut. Masa tidur, masa makan atau menyusu memang awal-awal lagi dah ditetapkan. Permulaannya memang sukar tetapi apabila sudah terbiasa, anak anak akan berdisiplin dan mudah MV untuk merancang tempoh dan masa untuk urus bisnes Shaklee.

2. Bermula sebagai dropship dan simpan stok yang perlu sahaja.

Masa mula-mula bisnes dulu memang tak simpan stok langsung. Apabila menerima pesanan selalunya MV akan membuat pesanan terus ke Shaklee. Sekarang ni dah ada website jualan, jadi mudah untuk MV uruskan pesanan pelanggan. Hanya login shaklee2u dan buat pembayaran. Selebihnya semua diuruskan oleh Shaklee berkenaan penghantaran kepada pelanggan.

Bila dah boleh buat pusingan modal, baru lah simpan stok. Stok ni pula hanya yang selalu pelanggan cari dan yang MV amalkan. Maksudnya MV memang tak simpan stok untuk produk yang jarang pelanggan cari.

3. Tetapkan sasaran harian dan bulanan yang perlu dicapai.

Target jualan sangat penting. MV sentiasa kongsikan dengan suami sama apa sasaran harian dan bulanan yang MV nak capai. Buat permulaan, sasaran tu MV letakkan yang minima dahulu dan mampu untuk dicapai. Kita akan lebih bersemangan dengan cara ni.

4. Keluarga adalah UTAMA.

Walaupun menjalankan bisnes Shaklee ni hanya dari rumah namun sesekali tu turun ‘padang’ juga. Bila perlu ke Kelas dan program yang dianjurkan oleh Shaklee memang MV akan angkut suami dan anak-anak sekali.

Kebanyakan ibu-ibu yang datang juga semua angkut suami dan anak-anak. Memang takde hal langsung. Lagipun pihak Shaklee dah menyediakan playground untuk anak-anak. Pastinya mereka tak bosan. Suami pula boleh melayari internet FREE menerusi wifi yang disediakan. Jadi tak perlu takut suami dan anak-anak terabai kalau buat bisnes Shaklee ni.

5. Perniagaan sentiasa ‘ON”

Kalau pulang ke kampung atau melancong, bisnes insyaAllah sentiasa berjalan. Sebabnya ada smartphone dan data internet yang cukup. Kemudahan ni digunakan dengan sebaiknya. Kalau nak order pun direct website shaklee sahaja.

Ada surirumah yang berbisnes dari rumah ni memperoleh pendapatan yang lebih dari gaji suami sendiri. Bangga dan seronok, kan? Duit dapat, rumah teratur, suami sayang, anak pun tak terabai.

Jika anda masih lagi tercari-cari peluang bisnes dari rumah, inilah masanya anda menghubungi MV sekarang!.

Semua KEJAYAAN bermula dengan PERCUBAAN. Anda tidak MENCUBA , pastinya anda tidak akan BERJAYA.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?

6 thoughts on “Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.