“Apa nak buat, mama pun dah tak ada nak jaga aku. Kalau balik kampung nanti menyusahkan ayah pula. Kalau menumpang rumah mertua rasa segan pula sebab tak biasa sangat. Terpaksalah aku berdikari dan berpantang sendiri.”

Harini dah nak masuk 6 bulan hamil anak ketiga, jadi tempoh untuk bersalin tak lama lagi sahaja. Takut ada, gelisah ada, semua ada. Tipulah kalau takda semua perasaan tu. Huhu

Inilah rintihan MV. Pengalaman berpantang di kampung dijaga oleh ibu dan adik selepas bersalin anak pertama dan kedua rasanya sudah cukup untuk dijadikan panduan buat MV. Untuk kali ketiga ni MV memilih untuk berpantang sendiri. Selain daripada taknak susahkan ayah di kampung, faktor anak sulung yang baru mulakan persekolahan Tahun 1 juga menyebabkan MV membuat keputusan untuk berpantang sendiri.

Hopefully MV tak risau, tak panik dan paling penting tak sedih-sedih. Jom ikuti tips persedian awal cekal berpantang sendiri, antaranya;

Bangun awal dan mandi awal

Yang bab ni memang MV tak langgar pantang. Sebabnya arwah mama dulu memang bising kalau bangun lambat dan mandi lambat. Kena mandi dengan mandian herba dan pakai stoking lepas mandi. Mandi pun kompom dengan air suam sebab takut bentan mandi air sejuk.

Berbengkung

Yang ni pula memang kena minta tolong dengan suami pakaikan. Sebab bengkung tu panjang berjela, pastu kena belit-belit. Kalau pakai sendiri nanti terbelit pulak, haha. Kalau dah malas sangat memang MV pakai je bengkung ‘Beautiful’ yang masih elok tu.

Berbengkung ni dapat mengecutkan rahim yang bengkak serta turut membantu menetapkan kedudukan peranakan daripada ‘jatuh’. Kalau berbengkung ni MV lebih selesa nak bergerak dan memudahkan proses penyusuan.

Bertungku

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Ingat dulu kalau lambat jer bertungku mulalah mama berleter. So, tak boleh ambik mudah part ni.

Cepat dimasak, cepat juga dimakan

Bab makanan ni yang paling merisaukan MV sebab suami tak pandai sangat nak memasak. Ada juga terfikir nak order makanan berpantang suruh hantar ke rumah saja. Cuma memikirkan bajet dulu. Dapat yang simple pun jadilah bukan nak makan chicken chop bagai pun.

Hantar anak ke sekolah

Memandangkan kakak dan kakchik (anak kedua) dah bersekolah, jadi memang kena mengharapkan bantuan suami sepenuhnya untuk menghantar mereka.

Mencari Tukang Urut

Keperluan ni awal-awal lagi MV dah berbincang dengan suami. Tempahan awal pun sudah dibuat untuk mengurut MV semasa berpantang nanti. Sekarang ni mudah saja, ada duit boleh upah confiemnent lady yang akan membantu menguruskan ibu dalam berpantang. Banyak pakej yang disediakan, cuma kena sediakan ongkos sajalah.

Kelengkapan ibu bersalin dan bayi newborn

Semua kelengkapan untuk berpantang MV akan ambil SET BERPANTANG SHAKLEE. Untuk vitamin, MV hanya teruskan pengambilan Set Hamil yang telah diamalkan sepanjang hamil. Ia terdiri daripada Vita-lea (multivitamin), B Complex, Vitamin C, Ostematrix dan ESP. Hanya tambahkan Vitamin E untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan dan Alfalfa Complex sebagai ‘jamu moden’.

Imej Google “Set Berpantang Full Shaklee”

Untuk newborn MV dah siap order SET RONELLA BABY.

Kelengkapan yang lain seperti stoking, baju sejuk, kain batik, bengkung, tuala wanita, herba berpantang dan keperluan menyimpan susu perahan insyaAllah semuanya dah ada. Sementara untuk newborn hanya perlu beli lampin pakai buang dan set tilam yang baru untuk dia.

Basuh Kain (basuhan tangan) atau bilik air

Ini boleh minta pertolongan suami MV. Insyaallah mesti dia nak tolong. Atau lagi mudah, hantar saja ke dobi. Ibu berpantang main air boleh kembang urat. Tak pasal-pasal nanti habis sakit sendi dan bisa-bisa badan.

Persediaan mental, fizikal dan emosi

Yang ni paling kritikal, sebab menguruskan pantang sendiri ni tak semudah yang disangka. So, MV memang kena banyak mencari ilmu dan info daripada pengalaman ibu-ibu yang pernah melaluinya. Berpantang sendiri ni risiko tinggi. Mungkin akan rasa sedih atau tertekan apabila semuanya perlu diuruskan sendiri. Semoga semuanya dipermudahkan nanti.

Risau jika tak cukup nutrisi? Jangan lupa ambil set berpantang Shaklee. Semua nutrisi ada terkandung di dalam set berpantang ni. Ibu berpantang akan kekal cergas, kuat, tak mudah pening, cepat kurus dan yang paling best kulit yang semakin berseri.

set kesihatan wanita

Hubungi MV disini >>>> www.norizarahman.wasap.my/0122050258 untuk mendapatkan set berpantang anda. Dijamin selamat buat ibu dan bayi. Boleh diambil sehari selepas bersalin. Tidak mengganggu bayi jaundice dan boleh bertahan sehingga 6 bulan.

Siapa yang pernah berpantang sendiri bolehlah komen entry ni. Sama-sama kita kongsi pengalaman, buat rujukan MV dan kawan-kawan lain.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Panduan Berpantang Sendiri Selepas Bersalin. Jangan Sampai Penat dan Meroyan

2 thoughts on “Panduan Berpantang Sendiri Selepas Bersalin. Jangan Sampai Penat dan Meroyan

Comments are closed.