Panas sungguh cuaca sejak selasa minggu lepas kan. MV memang perasan sungguh cuaca ni sebabnya malam-malam pun susah nak lelap. Tidur pun sambil lap peluh. Fuhh!

Bila check suhu sekeliling rupanya dah mencecah 36°C.

Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena cuaca panas itu berlaku disebabkan oleh Taufan Lan yang kini berada di selatan Jepun sedang bergerak ke utara dan mula menjauhi negara ini.

Keadaan itu menyebabkan wap air di ruang udara negara ini tertumpu ke kawasan taufan berkenaan lantas menyebabkan pertambahan suhu.

Kekurangan air dalam badan merupakan perkara yang amat bahaya kerana perubahan kan­dungan garam galian akan menyebabkan serangan strok haba.

MV pun dah kena demam dan selsema sejak 2 hari lepas. Anak-anak pun MV tak benarkan main kat luar walaupun dah pukul 5 petang.

Time panas macamni siapa yang tak nak pekena teh ais atau ‘ice blended’  kan?

Tapi perlu berhati-hati dalam menikmati minuman manis berais seperti ini kerana ia mengandungi gula yang sangat banyak.

Kandungan gula berlebihan ini hanya menyebabkan kita rasa bertenaga sekejap saja. Lama-kelamaan badan akan menjadi lemah.

Sebab tu, MV gantikan jus buah-buahan oren dan epal untuk anak-anak yang akan memberi tenaga kepada mereka untuk jangka masa panjang. Sedap juga, kan?

Gula bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi gula juga boleh memusnahkan vitamin dan mineral lain dalam badan kita seperti vitamin B dan kalsium.

Selain itu, boleh juga follow tips kekal sihat di musim panas dari Kemeterian Kesihatan Malaysia ni:

Tips dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas ialah :

  1. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti kita untuk sejukkan badan dan kekal sihat ketika cuaca panas.
  2. Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh elak dehidrasi musim panas melampau. Minuman isotonik seperti PERFORMANCE DRINK adalah minuman elektrolit. Performance drink berbeza dengan jenama lain di luar sana kerana ianya tidak bergas. Rasa air pun sedap seperti rasa air oren Gatorade. Nak bancuh pun mudah. Rasanya memang melegakan ditambah pula dengan ketulan ais.
  3. Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan.
  4. Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  5. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar. Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas.
  6. Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  7. Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas). Selain itu, bagi mengurangkan rasa panas dan ruam akibat panas, sapukan Herbal Blend pada badan. Rasa berangin selepas disapu Herbal Blend ini amat melegakan dan ia juga mengurangkan ruam yang selalu terjadi pada kulit semasa cuaca panas.
  8. Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
  9. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.

Siapakah yang perlu anda rujuk?

Keterangan lanjut boleh diperolehi dari  di;

Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-88836481

Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit dan dapat menempuh kepanasan ini dengan selamat.

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Panas! Panas! Cuaca Panas! Hadkan Aktiviti Luar, Elak Strok Haba kesan dari Taufan Lan

8 thoughts on “Panas! Panas! Cuaca Panas! Hadkan Aktiviti Luar, Elak Strok Haba kesan dari Taufan Lan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.