Obesiti dan Diabetes Penyakit Utama Rakyat Malaysia

By | February 6, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on Facebook0

Obesiti dan Diabetes Penyakit Utama 

Obesiti dan diabetes penyakit utama | Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.

Obesiti Kini Masalah Besar Di Malaysia

Ramai tidak menyedari bahawa obesiti adalah penyakit. Jadi, tiada siapa peduli dan berfikir bahawa gemuk itu OK. Apabila kita menganggapnya sebagai satu penyakit, ia akan menyedarkan orang ramai. Obesiti merupakan faktor utama yang memberi risiko kepada banyak penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.

Obesiti dan Diabetes Penyakit Utama

Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk obesiti dan kencing manis.

Obesiti – ibu segala penyakit

“Sekali anda mengalami obesiti, ia akan menjadi masalah sepanjang hayat”

Obesiti adalah satu penyakit dan bukan keadaan yang boleh diambil ringan. Ini kerana obesiti adalah antara punca utama diabetes melitus, hipertensi, hiperkolesterol, kanser usus (kolorektal) dan lain-lain. Ramai tidak menganggap obesiti sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Jika ada pun yang merawat obesiti, mereka melakukannya hanya untuk tujuan kosmetik dan bukan perubatan.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berjoging, berbasikal atau melakukan senamrobik setiap 30 minit selama tiga kali seminggu. Ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah obesiti, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

Terdapat beberapa rawatan obesiti termasuk mengurangkan kekerapan makan terutama waktu malam, kurangkan pengambilan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng. Cara pemakanan juga perlu ditukar kepada mengamalkan makanan rebus, kukus atau panggang serta berserat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan kurang manis dan kurang lemak. Golongan obes juga perlu banyak bersenam.

Ramai mengakui sukar sedangkan untuk membuang tabiat pengambilan nasi lemak pada waktu pagi pun tidak boleh, inikan pula tidak makan nasi dan menggantikannya dengan salad. Tetapi sebenarnya kita mampu melakukannya asalkan ada keinginan untuk menjalani kehidupan sihat tanpa penyakit.

Jom beralih dengan cinch shake mix sebagai ‘meal replacement’ yang menyihatkan  😉

obesiti dan diabetes penyakit utama

Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.

Ingat! pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama pelbagai penyakit.

One thought on “Obesiti dan Diabetes Penyakit Utama Rakyat Malaysia

Comments are closed.