Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri

By | August 19, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook15

Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri

Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri | Sebenarnya, kesihatan dan kecantikan kulit kita bukan sahaja bergantung kepada apa yang kita apply pada kulit, tetapi juga apa yang kita bekalkan ke dalam badan kita.

Kulit kita adalah sangat halus dan mudah rosak oleh faktor-faktor luaran seperti sinaran UV, pencemaran dan kekotoran. Kulit memerlukan diet yang seimbang yang merangkumi semua nutrien penting, vitamin dan mineral. Diet yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin perlu dikekalkan setiap hari.

“What you eat today walks and talks tomorrow”

Selain penggunaan produk kecantikan dan penjagaan tubuh yang konsiten, pemilihan nutrien penting untuk kulit cantik berseri sepanjang masa. Anda boleh amalkan 6 jenis super skin food ini. Hasilnya pasti menakjubkan.

Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri

Pemilihan nutrien penting untuk kulit cantik

  1. Avocado kaya dengan vitamin B3 (Niacin) yang bertindak sebagai agen anti-radang dan boleh membantu melicinkan kulit.
  2. Walnut kaya dengan lemak omega-3 dan vitamin B yang menguatkan sel-sel kulit untuk mengekalkan kelembapan, melindungi kulit dari kerosakan dan penuaan pra-matang
  3. Yogurt memainkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan mikrob baik dalam badan dan mengurangkan blemishes
  4. Raspberry mengandungi kepekatan antioksidan yang tinggi, tinggi kandungan vitamin C, anthocyanins dan quercetin yang bantu mengurangkan inflamasi dan mengekalkan tona kulit sekata.
  5. Telur mengandungi protein asid amino yang membantu membina san membaiki sel-sel, otot dan tisu kulit dan kolagen di bawah kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi
  6. Buah-buahan sitrus tinggi kandungan vitamin C yang diperlukan untuk mengekalkan dan membaiki sel kulit.

Vitamin Untuk Penjagaan Kulit: Tips Penjagaan Kecantikan

Vitamin dan mineral dalam semua bentuk memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kecantikan kulit , sama ada dari sumber makanan atau suplemen.

Vitamin A untuk Kedutan

Tahukah anda Vitamin A juga merupakan vitamin untuk kulit cantik. Jika kulit anda bersisik,kering atau berjerawat,ini bermakna anda kekurangan Vitamin A. Ia membantu untuk melawan tanda-tanda pra-penuaan, mengurangkan kedutan dan mengekalkan kulit yang muda dan sihat. Vitamin A baik untuk merawat kulit berjerawat dan kulit kasar. Vitamin A mempunyai kapasiti untuk membina semula tisu rosak.

BERKAITANKawal Sebum Berlebihan Elakkan Jerawat

B-Complex untuk glowing.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui Vitamin B-Complex sebagai vitamin untuk kulit cantik. Kesan paling ketara yang dapat dilihat adalah kulit yang ‘glowing’.

Vitamin B1 dan B3 mempunyai kesan yang baik pada kualiti tekstur kulit. Vitamin B1 meningkatkan peredaran darah manakala vitamin B3 mengurangkan jerawat dan memberi nafas baru pada kulit.

BERKAITANRahsia Jerawat Cepat Kering dan Parut Cepat Hilang

Vitamin E untuk kelembapan

Vitamin E adalah antioksidan yang sangat penting untuk menghapuskan radikal bebas dari kulit. Vitamin E juga mengurangkan tompok kering, melembapkan kulit, bintik hitam dan garis kedutan daripada kulit.

BERKAITANKulit Wajah Licin dan Berseri TANPA Jerawat

Vitamin C untuk awet muda

Vitamin C juga antioksidan seperti vitamin E. Ia membantu mencegah tanda pra-penuaan dan kerosakan kulit akibat pencemaran, merokok dan cahaya matahari.

Selain itu, ia juga meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu,jika kolegen dalam kulit anda berkurangan,ia akan menimbulkan kedutan pada kulit.

BERKAITANHilangkan Bekas Parut Jerawat Berlubang

sumber : boldskylukbeautifood dan top10homeremedies

Anda boleh dapatkan kombinasi sumber vitamin ini daripada B-Complex, Sustained Release Vita-C Plus™, Vita-E Complex™ dan CarotoMax®. Jom kongsikan keterujaan pengguna ni.

Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri

Testimoni Puan Adah “..Belek2 gambar dalam dropbox jumpa gambar thn 2014. Rasa memang banyak beza sangat kulit ni.
Masa 2014 tu tgh pregnant n mabuk2.muka memang serabai.hihi. Hormon pun masa tu tak betul.muka naik jerawat sekitar zone T.

Gambar 2015 ni masa dalam pantang. Beza kan?walaupun hormon pun tak berapa betul lg (lepas bersalin) kulit sangat2 lah nampak beza. I looikee.??
Taknada jerawat kat kawasan T tu dan nmpk lg sekata kulit.kan?

apa yg saya guna dan makan? masa pantang tu konsisten ambil #setpantang shaklee. Alhamdulilah walaupun nama je #setpantang ia juga set kulit saya.#esp #bcomplex #vitaminc memang saya tak miss makan.Saya tambah lg #carotomax dan #vtaminE utk lengkapkan set kulit saya..”

Anda pun nak kulit cantik juga? Jangan lupa untuk minum 8 hingga 10 gelas air bersih setiap hari untuk mengekalkan kulit yang lembut dan berseri.

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi mommavogue@gmail.com atau SMS/WA/Telegram ke 0122050258 / 0123950258

Masukkan ID MV sebagai penaja : 882633 jika anda ingin mendaftar keahlian secara ekspres (Express Enrollment) "Join Now" di www.shaklee.com.my.

place-your-order

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee Bandar Baru Bangi. Cash On Delivery area Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Gdex/CityLink/Poslaju)

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

20 thoughts on “Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.