Ramai orang bertanya, ada tak vitamin kulit cantik dan naikkan seri wajah. Malas lah nak tepek mekap foundation ni. Nak touch-up mekap ambik masa berejam-jam, silap haribulan cik abang mengomel jer asyik tunggu kita bersiap.

Tu belum masuk bab nak kena cuci muka bersih-bersih bila nak solat, pastu mekap balik.

Set Aura Seri The Radiant 4 untuk Kulit Cantik & Naikkan Seri Wajah

Apa keistimewaan dan kelebihan set The Radiant 4 Shaklee ni sehingga boleh menaikkan seri wajah tanpa mekap?

4 vitamin di dalam set ini memastikan kulit dan tubuh kita secara keseluruhan mendapat nutrien yang secukupnya.

Di samping itu set ini juga bantu mengawal lembapan kulit; jika kulit kering, ia bantu melembapkan kulit. Tetapi jika kulit berminyak, set ini bantu seimbangkan pH kulit agar kulit kembali pulih.

Protein ESP untuk Membina Kulit yang Sihat

Protein dari ESP di dalam set ini bantu mencantikkan sel kulit yang selama ini kusam sekaligus menaikkan seri wajah yang selama ini kelihatan tak bermaya.

Perlindungan Antioksida dengan Sustained Release Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C Plus menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam.

Vita-C plus ini dilengkapi dengan bioflavonoid.

Bioflavonoid ni penting sebagai penyerap Vitamin C ke dalam tubuh kita.

Analoginya macam ni; buah oren mengandungi vitamin C. Kulit oren pula mengandungi bioflavonoid.

Vitamin C juga mengandungi kolagen yang membantu menegangkan kulit dan mengecilkan liang pori.

Selain itu, Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang datang dari udara persekitaran dan sinar UV.

Radikal bebas ini akan merosakkan kulit sekaligus membuatkan kulit senang dihuni jerawat dan berkedut.

Tingkatkan Keanjalan dengan Shaklee Collagen Powder

Collagen ni memang ‘famos amos’ dengan kecantikan. Sebut kolagen, semua orang tahu ia berkait dengan kecantikan.

Apa bezanya Collagen Shaklee dan collagen lain kat pasaran?

“Kriteria Memilih Suplemen Kolagen Terbaik supaya Muka Berseri-seri”

Collagen Shaklee di buat dari sisik ikan merah yang hidup di lautan dalam.

Kelebihan ikan merah yang hidup di lautan dalam ni adalah, ikan ni tak terdedah kepada pencemaran kimia.

Habitat ikan ini juga memastikan ia tak menyerap apa-apa bahan kimia berbahaya. Maka, ianya memang selamat.

Collagen Powder ni pula bukan setakat untuk kulit wajah, tapi juga boleh menggebukan dan melicinkan kulit seluruh tubuh termasuk melembutkan tangan, menghilangkan kasar kat tumit kaki, mengilatkan kuku dan juga boleh membantu rambut untuk shiny glowing.

Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA Complex

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

  1. Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  2. Mengekalkan kelembapan kulit.
  3. Melawan keradangan.

Set The Radiant 4 membantu menyerikan wajah, menegangkan kulit, mencegah jerawat serta menghapuskan parut jika di ambil secara berterusan.

Wajah anda pasti kelihatan berseri dari dalam; tanpa perlu mekap berlebihan yang mungkin akan merosakkan kulit.

Serlahkan keanggunan wanita bersama set The Radian 4 Shaklee.

Berminat nak dapatkan Set The Radiant 4 Shaklee? Untung bulan ni sebab ‘poket jimat’. Dengan setiap pembelian set ini, anda layak dapat e-Diskaun bernilai RM60.00 sekiranya mendaftar keahlian Shaklee terus.

HARGA Set Radiant 4

Harga set The Radiant 4 ini hanya RM 686.89 (termasuk gst) dan kos penghantaran ke kawasan anda, dan cara makan eksklusif hanya yang beli dengan MV sahaja.

MAHUKAN LEBIH PENJIMATAN?

Hanya tambah RM 65 untuk dapatkan harga ahli dan seterusnya anda jimat 15-20% untuk belian set ini.

Untuk order, boleh hubungi saya: norizarahman.wasap.my/60122050258

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Naikkan Seri Wajah dengan The Radiant 4 tanpa Perlu Mekap Tebal

2 thoughts on “Naikkan Seri Wajah dengan The Radiant 4 tanpa Perlu Mekap Tebal

Comments are closed.