Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati Dari Wajah dan Badan

By | November 30, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook11

Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati

Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati | Untuk kulit yang berseri-seri, berser-seri dan lebih muda, wajah dan anggota badan kita perlu dibersihkan dari sel-sel kulit mati. Tidak kira kulit jenis berminyak, sensitif atau normal, pengelupasan adalah sama penting dengan pembersihan dan pelembapan. Ia bukan sahaja membantu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, tetapi juga meningkatkan peredaran darah, memberikan kulit lebih berseri dan nampak muda.

Mandi sahaja tidak cukup untuk membersihkan lapisan kulit yang mati dari kulit, maka pengelupasan diperlukan seminggu sekali untuk membuang sel-sel mati. Pengumpulan kotoran ini menyebabkan kulit kita menjadi kasar dan gelap.

Bagaimana Membuang Sel Kulit Mati Dari Wajah dan Badan Secara semulajadi?

Sememangnya ‘home scrub’ paling mudah seperti beras, tepung, lemon, minyak zaitun dan lidah buaya adalah sangat berkesan dalam membuang sel-sel kulit mati untuk mengekalkan kecantikan dan keserian kulit.

Membuang Sel Kulit Mati Dari Wajah, Tangan dan Kaki

Selalu kalau pergi spa atau facial muka, langkah pertama untuk membuang sel-sel kulit mati bermula dengan ‘steaming’. Wap muka menjadikan sel-sel kulit mati, minyak dan kotoran menjadi lembut dan membuka liang-liang kulit. Ini menjadikan scrub mudah untuk  untuk membuang sel-sel mati dan menjadikan wajah bersih dan cerah.

Untuk pengelupasan tangan dan kaki, cara terbaik adalah untuk merendam kaki dan tangan ke dalam air sabun suam sekurang-kurangnya setengah jam dan kemudian digosok. Rendaman ini akan membantu untuk membuat kulit lembut dan mudah scrub untuk membuang sel-sel kulit mati.

*Credit : CompleteHealthCare & FashionLady

Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati dengan Nutriwhite Makeup Remover

Satu cara yang cepat untuk membuang dan menghapuskan sel-sel mati dari kulit muka, tangan dan kaki adalah dengan menggunakan produk pembersihan kulit.

Gentle Action Makeup Remover

  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

Ramuan dalam makeup remover bukan sahaja membantu dalam membuang kulit mati tetapi juga mencuci kekotoran kulit yang mendalam seperti bintik hitam dan whiteheads.

JOm berkongsi kegembiraan seorang ibu yang teruja dengan keberkesanan makeup remover ni menghilangkan sel kulit mati di tangan anaknya.   🙂

Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati

Credit Puan Marhiyah

Kalau orang yang pernah patah tangan ke kaki ke yang perlu disimen atau dibalut untuk berminggu bahkan berbulan lamanya mesti tahu.

Diorang mesti tahu perasaannya melihat tangan atau kaki yang hitam legam akibat daki yang menebal sebab tak dapat dibersihkan sepanjang tempoh anggota tu bersimen/berbalut.

Samalah kes cam tangan anak saya ni. Sampai berbau cam bau stokin tu. Dan disebabkan saya ni “OCD” memang saya geram sangat-sangat tengok keadaan ni. Ahaha. Rasa cam nak ambil berus besi gosok je.

Tapi dah doktor kata tak leh kena air, tak leh basah, pening juga saya fikir camna nak buat bagi bersih.

Dan sedang saya di bilik air pada suatu hari, ternampak lah Nutriwhite Gentle Make-up Remover saya. Terus dapat idea, nak cubalah tenyeh dengan tu tengok menjadi ke tak nak hilangkan daki.

Hah, biar gambar yang berbicara. Tengoklah sendiri hasilnya.

Mungkin tak berapa ketara perbezaannya dalam gambar ni sebab ni kali ketiga saya tenyeh dengan make-up remover tu.

Kali pertama lupa ambil gambar sebab teruja sangat nak tenyeh.

Yang pasti, memang putih melepak lah tangan anakanda lepas tenyeh dengan benda tu. Ahaha.

Bau pun hilang. Anakanda pun seronok siap kata, “Ummi, lembab lah kulit ni. Lembut!”

Yang paling best, tak perlu guna air banyak. Tenyeh dulu remover kat tangan yang kering, lepas tu lap-lap je dengan span lembab.

Jika anda ada masalah hidung menggerutu dan penuh daki serta tak tahu bagaimana nak singkirkan whitehead dan blackhead dengan mudah PASTINYA Gentle Action Makeup Remover pilihan yang paling TEPAT!

“Hilangkan Blackhead dan Whitehead Degil”

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee, hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

16 thoughts on “Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati Dari Wajah dan Badan

Comments are closed.