Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma | Tahun lepas MV bersembang dengan kakak ipar sulung. Masa tu kakak MV baru sahaja melahirkan anak lelaki tunggal mereka (anak ke-5). Mereka berkahwin pada tahun yang sama namun dia masih belum diberi rezeki zuriat. Alhamdulillah mereka ni pasangan yang sangat sabar.

Arwah mama dan ibunya juga berkali-kali suruh dia berubat, ambil jamu, berurut dan bermacam lagi lah ikhtiar yang lain dan memang kakak tu pergi buat even berjumpa dengan Pakar O&G, Dr Hamid Arshat. Namun, mungkin belum rezeki mereka lagi tak dikurniakan zuriat, sedangkan pada pandangan MV, kakak tiada masalah kitaran haid atau pun masalah kesihatan yang lain secara zahir.

Tapi pada masa yang sama MV lihat abang tu memang tak pernah lekang dari mulut dengan rokok. Sehari sampai berbatang-batang rokok dia hisap. Sebut je rokok apa yang dia tak hisap, semua dah pernah try kot.

MV terdetik juga masa tu, adakah mungkin masalahnya pada abang? MV tidaklah mengatakan dengan pasti puncanya daripada abang. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita berikhtiar. Tapi dalam kes seperti ini, bukan sahaja isteri, malah suami pun perlu usaha memperbaiki taraf kesihatan diri dan amalkan gaya hidup sihat.

Kesan Merokok Pada Kesuburan & Sperma Lelaki

Kajian menunjukkan sebanyak 50 peratus kaum lelaki di Malaysia adalah perokok dan rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma

Kadar nikotin yang tinggi dalam rokok menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat, oleh itu nikotin mengakibatkan masalah erectile dysfunction iaitu mati pucuk.

Asap rokok memberi kesan jangka panjang kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sel yang bertanggungjawab menghasilkan sperma, mengakibatkan kurang sperma dihasilkan.

Kajian American State University mendapati sperma perokok lelaki mengalami perubahan yang menyebabkan proses persenyawaan menjadi sukar.

Semua perubahan ini berlaku kerana kandungan bahan dalam tembakau boleh meniru bahan kimia semula jadi badan, iaitu asetilkolin. Asetilkolin ialah kimia yang membawa maklumat ke sel saraf dan ketidakseimbangannya boleh memberi kesan kepada tekanan darah, corak tidur, ingatan, fungsi mental dan aktiviti seksual.

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma
Jumlah sperma yang sangat kurang

Merokok juga mengurangkan kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.

Oleh sebab itu, ada pasangan yang sukar mendapat zuriat kerana masalah kesuburan.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius.

Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma abnormal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok.

MV berharap agar maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong para suami untuk berhenti merokok.

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma, Jadi BERHENTI MEROKOK Sekarang!

MV nasihatkan para suami berhenti merokok jika mahu sperma berkualiti dan keluarga tercinta. Kurangkan stress dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Apa Kaitan Merokok & Vivix?

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma

Tahukah kita yang Vivix membantu para lelaki diluar sana lenyapkan ketagihan merokok dengan mudah dan seterusnya berhenti merokok?

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma

Alhamdulillah, akhirnya perokok tegar berhenti merokok dengan Vivix Shaklee. Sebenarnya kunci terpenting untuk berhenti merokok adalah iman dan ketaatan kepada Allah (kerana Allah melarang hambaNya memudaratkan diri), serta kemahuan yang kuat. 🙂

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma dan Menjejaskan Kesuburan

22 thoughts on “Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma dan Menjejaskan Kesuburan

Comments are closed.