Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu

Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Masih dalam mood raya lagi kan?. Diam tak diam, dah 11 hari kita di bulan Syawal ni.

Hujung Minggu yang lepas MV meraikan syawal bersama adik-adik dan kakak di Pahang. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai begini kan. Syukur rahmat Syawal semua dapat bersua dan berlaga pipi dengan adik beradik dan anak saudara.

Meriahnya ‘balik kampung’ di Kuantan, Pahang!

Tiap kali bulan Syawal tiba, ayat ‘balik kampung’ pastinya tak akan pernah lekang di bibir memandangkan ini adalah masa terbaik untuk kita bercuti dan meraikan bersama-sama kaum keluarga.

Suasana Aidilfitri walau di mana jua tentu saja memberikan ketenangan dan kebahagiaan apatah lagi disambut bersama keluarga tersayang. MV hanya beraya di kota tahun ni, suasana aidilfitri di Kotaraya tidak semeriah di kampung. So kami berpakat sesama adik beradik nak ‘balik kampung’ di rumah kakak yang sedang berpantang di rumahnya di Kuantan, Pahang.

Kecohnye lebaran; Aidilfitri 2015!

Tidak ada yang membezakan beraya sebagai orang bujang atau sudah berkahwin. Kami keluarga yang simple sahaja. Lepas la hajat nak makan ketupat palas dan rendang dari kampung. Ayah MV mengambil tempat arwah mama, sanggup buatkan untuk kami yang tak balik kampung ni, Alhamdulillah. MV makan dengan senang hati la sebab bawa bekalan Omegaguard dan Alfalfa. So, tak rasa bersalah sangat makan ketupat banyak-banyak.

Kuih raya semuanya adik MV angkut, jadi penuhla rumah kakak tu. Dah macam homestay pula. Bila makan jangan cerita la dia punya kecoh  😆

Sesambil meraikan syawal bersama, kami turut menyambut hari lahir adik MV, Mohammad Sofian yang ke-31.

Here are a few pictures during hujung minggu yang lepas. Jom, sudi sudikanlah menatap wajah kekanda, adinda dan anak saudara MV.

Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu
Adik-adik MV bersama ayah tersayang
Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu
Semua sibuk nak makan KFC lepas semua berkumpul
Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu
Adik MV tengah sibuk nak potong kek birthday dia
Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu
Anak-anak MV yang pakai baju frozen tu bersama sepupu mereka

Ini cuma sebahagian dari ahli keluarga yang ada, belum lengkap 10 adik beradik MV lagi. Kami tak perasan tak bergambar pun pakai baju raya. Punya seronok dapat berjumpa kan, baju raya dah tak penting lagi dah  😀

Kalau macam ni setiap tahun best juga, terubatla hati yang tak dapat balik kampung kan?

Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu
Nah, belanja gambar MV bersama suami dan anak-anak

Salam teramat rindu dan kasih sayang…

Salam Lebaran dari MV untuk sahabat semua seisi keluarga…

Mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa….

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu bersama Keluarga

3 thoughts on “Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu bersama Keluarga

Comments are closed.