Meningkatkan Mood dan Tenaga Secara Semulajadi | Dengan arus kemodenan yang mengejar masa, kita selalu merasakan bahawa 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk menguruskan segala urusan disamping merehatkan badan yang terus-menerus dikerah untuk menyelesaikan tugas, betul kan?

Bagaimana nak atasi masalah badan letih dan lesu ni?

Apakah cara terbaik untuk kita meningkatkan mood dan tenaga secara semulajadi agar kekal cergas sepanjang hari dan fokus dalam tugas seharian?

Hari ini MV nak kongsikan 6 tips untuk kekalkan kita bertenaga dan sentiasa ceria sepanjang hari.

1. Makan makanan yang seimbang

Mempunyai diet yang seimbang yang termasuk protein berkualiti, sumber karbohidrat yang baik, dan lemak yang sihat adalah kunci untuk mendapatkan tenaga.

2. Dapatkan tidur yang berkualiti

Tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Ia penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat. Bila tubuh cukup rehat, ia akan lebih segar dan bertenaga di keesokan hari nya.

3. Rehat apabila ada masa

mengambil 10-20 powernaps minit bila-bila masa anda berpeluang untuk berehat.

4. Minum air kosong banyak

Tubuh kita lemah sebab sel badan kering, tak cukup hidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan keletihan dan minda yang kurang fokus. Jadi penyelesaian yang mudah adalah untuk minum lebih banyak air!

5. Tingkatkan pengambilan magnesium

Magnesium adalah makanan tambahan yang menakjubkan yang diperlukan untuk lebih daripada 300 fungsi enzim tindakbalas biokimia dalam badan termasuklah penukaran glukosa kepada tenaga. Kadang-kadang gejala tenaga yang rendah dan mood boleh disebabkan oleh kekurangan magnesium.

6. Pengambilan makanan sumber vitamin B

Salah satu peranan utama vitamin B adalah untuk menjana pengeluaran tenaga. Baik sumber protein berkualiti dan makanan yang sihat akan membantu menyediakan vitamin B.

credit : Mercola & GoodFoodforMood

Amalkan tips–tips di atas, insyaAllah anda akan tampak ceria cergas bertenaga walaupun tengah malam kena bangun dengan kerap untuk menyusukan anak macam MV.

Bagaimana Pengambilan Suplemen Mampu Meningkatkan Mood dan Tenaga Secara Semulajadi?

Zaman milenia ni semuanya perlu pantas sehingga tidak sempat untuk merehatkan badan, apatah lagi memikirkan keperluan nutrien dalam badan. Dengan adanya suplemen, ia menjadikan hari kita lebih mudah.

Ostematrix mengandungi magnesium yang membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti. Maksud tidur yang berkualiti adalah tidur yang betul-betul membantu tubuh kita rehat, bukan tidur-tidur ayam.

Meningkatkan Mood dan Tenaga Secara Semulajadi

Vita-Lea® Iron Formula mengandungi zat besi yang sangat penting untuk mengangkut oksigen dalam darah kita. Bila darah cukup oksigen, peredaran darah dalam tubuh akan jadi lebih lancar dan bertenaga.

Meningkatkan Mood dan Tenaga Secara Semulajadi

B complex membantu dalam pembebasan tenaga, metabolisma karbohidrat,lemak dan protein.

Ketahui Kepentingan Komponen B-complex

Meningkatkan Mood dan Tenaga Secara Semulajadi

Apa tunggu lagi? Dapatkan segera vitamin Shaklee bagi memastikan anda kekal sihat dan proaktif sepanjang hari.

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Meningkatkan Mood dan Tenaga Secara Semulajadi

24 thoughts on “Meningkatkan Mood dan Tenaga Secara Semulajadi

Comments are closed.