21
- December
2017
Posted By : noriza rahman
Masalah Mengandung Anak Ketiga : Berat Naik Melebihi 16 Kg sepanjang Hamil

Semalam, MV pergi check up rutin biasa di Klinik Kesihatan Ibu Anak. First time kena bebelan dengan nurse sebab berat badan naik dengan drastiknya !! 2 weeks ago, check up baru 66.5 kg, sekarang dah 70kg!!! haaaaa naik 3.5kg, tak pasal-pasal kena bebel dengan nurse! Sudahnya, 4 kali kena pergi KKIA untuk check protein dalam air kencing dan juga tekanan darah start esok 22/12/2018.

Now total weight gain sepanjang hamil selama 35 weeks ni dah 16kg. Apa benda je la yang MV makan selama 2 minggu ni. Aduhai kan dah menyusahkan diri sendiri.

Sepatutnya berat yang dicadangkan adalah seperti jadual kat bawah ni. So, kalau melebihi had tu terpaksalah melalui ujian macam-macam. Bertabah lah wahai diri. huhu.

Sepanjang checkup kat klinik kesihatan ibu anak hinggalah dah masuk 34 weeks ni kedua-dua result minum gula tu memang lepas, BP pun memang sentiasa ok. Cuma berat je yang asik pen merah. Pertambahan berat badan semasa hamil ni sebenarnya boleh dikawal melalui pemakanan.

Lepas ni memang MV tak boleh nak minum air yang manis-manis setiap hari lagi. Kena amalkan minum air suam dan air kosong je sampai bersalin.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Comments are closed.