15
- January
2018
Posted By : noriza rahman
Manfaat dan Kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee Yang Terbaru

Sekitar tahun 2013 dulu Shaklee ada produk CoQ Health Plus. Ingat juga masa tu MV sempat grab sebotol dua vitamin untuk ayah dan adik.

Kredit untuk Diary of Muhammad

Namun sekitar tahun 2015 jika tak silap MV, vitamin di dah diberhentikan pengeluarannya.

So, di awal tahun 2018 ni bagi mereka yang sangat rindukan CoQ Health, boleh lah sepakat membeli CoQ-Trol Plus pula.

CoQ-Trol Plus Shaklee yang Kaya Nutrisi CoQ10

Apa itu CoQ-Trol Plus Shaklee? Produk yang baru dilancarkan Januari 2018 ini ternyata memiliki kebaikan, manfaat dan keistimewaannya sendiri untuk jantung, otak dan hati.

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga dan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam satu hari. Serlahkan kehidupan anda dengan Coenzyme Q10, penjana tenaga utama anda!

Manfaat CoQ-Trol Plus untuk Kesihatan

Tenaga yang berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:

  1. Meningkatkan kekuatan otot.
  2. Mempercepatkan pemulihan luka.

Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

  1. Menguatkan otot-otot jantung.
  2. Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  3. Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.

Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:

  1. Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  2. Meningkatkan pergerakan sperma.
  3. Meningkatkan kualiti ovum.

Kulit Yang Berseri

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:

  1. Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  2. Meningkatkan tekstur kulit.

Meningkatkan Fungsi Kognitif

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid,9 salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:

  1. Menjana fungsi otak yang sihat.
  2. Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.

Jom! Dapatkan supplemen CoQ-Trol Plus anda sekarang juga!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Comments are closed.