Manfaat Borage Seed Oil Untuk Mengatasi Masalah Jerawat

Home / Health Info / Acne / Manfaat Borage Seed Oil Untuk Mengatasi Masalah Jerawat

Manfaat Borage Seed Oil 

Manfaat Borage Seed Oil | Borage seed oil adalah minyak herba yang kurang dikenali tetapi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Ia dihasilkan daripada biji benih borage starflower’s dari keturunan Borago Officinalist, yang merupakan tumbuhan yang ditemui di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.

Manfaat Borage Seed Oil

Menurut Dr. Bruce Miller, keseluruhan sel kulit akan silih berganti dalam masa 28 hari. So pemakanan yang baik dengan GLA adalah penting dalam proses penghasilan sel kulit yang sihat dan glowing.

Manfaat Borage Seed Oil Untuk Mengatasi Masalah Jerawat

Manfaat Borage Seed Oil

1. Merangsang Pertumbuhan Kulit

Borage seed oil penuh dengan gamma linolenic acid (GLA) yang merupakan kunci kepada manfaat kesihatan minyak borageMinyak dengan kebaikan Omega-6 ini dipercayai membantu mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, mengekalkan sistem pembiakan, dan merangsang pertumbuhan kulit.

2. Mengurangkan Keradangan

Borage Seed Oil juga mengandungi sejumlah besar kandungan dihomo-y-linolenic acid (DGLA) yang dikelaskan sebagai asid lemak omega-6 yang membantu dalam menghasilkan mediator kimia (seperti prostaglandin E1) untuk mengurangkan bengkak dan keradangan pada tisu. Bila inflammation kurang maka senang la nak hapuskan punca jerawat.

3. Menggalakkan Aliran Darah

Kajian telah menunjukkan bahawa suplemen GLA membantu menggalakkan pengaliran darah. Darah membawa oksigen dan nutrien kepada semua sel-sel di dalam badan, termasuk sel-sel kulit. Pengaliran darah yang baik adalah penting untuk menyuburkan sel-sel kulit dan mengeluarkan toksin dalaman dari badan. Bila toksin penuh dalam badan, ia akan dipaksa keluar melalui kulit. Apa yang berlaku liang pori tersekat dan terjadinya jerawat.

4. Mengekalkan keseimbangan hormon

Kajian telah mendapati bahawa orang yang mengalami gangguan hormon sering kekurangan Omega-6 dan GLA. Seringkali juga bila fasa PMS dan haid, keseimbangan hormon dalam badan terganggu dan borage seed oil boleh membantu menstabilkan hormon serta mencegah jerawat.

5. Membantu Melawan Tekanan

Stress adalah ‘culprit’ punca berlakunya banyak masalah kesihatan. Jerawat juga ada kaitan dengan stressStress akan menghasilkan minyak sebum yang berlebihan, yang apabila ia bercampur dengan bakteria dan sel kulit mati akan menyumbatkan folikel rambut. Sebab itu Borage dikenali dengan ‘herbs of gladness’. Ia boleh membantu mengawal tekanan darah dan juga kadar jantung badan kita.

credit : simplepurebeauty & Allegiance

Manfaat Borage Seed Oil

Tahukah anda, kandungan GLA dalam borage seed oil adalah 2 kali ganda dari Evening Primrose Oil (EPO)? . Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan berbanding EPO.

Sebab itu Shaklee memilih borage seed oil untuk produk GLA Complex. Ianya juga mempunyai manfaat mengurangkan simptom menopause di kalangan wanita.

GLA Complex

Manfaat Borage Seed Oil

GLA (asid gamma linolenik) sering menjadi pilihan wanita untuk membantu mengekalkan kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. GLA ialah asid lemak omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang berperanan untuk mengawal atur pelbagai proses dalaman tubuh. Selain minyak biji bunga matahari sebagai sumber asid lemak Omega-6, produk ini juga diperkaya dengan vitamin E bagi menyokong dan menguatkan sistem imun serta mengekalkan keutuhan sel.

  • Menggalakkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong sistem imun
  • Minyak boraj mengandungi pati GLA semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

sumber : Shaklee

BERKAITANManfaat GLA daripada minyak biji borage

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

18 Comments

Comments are closed.