Manfaat Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA

By | November 7, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+3Share on Facebook6

Manfaat asid lemak Omega 3 EPA dan DHA kepada kesihatan manusia ni sangat banyak.

Omega-3 ni sangat penting bukan sahaja kerana peranan mereka penting dalam mengekalkan metabolisme normal badan, tetapi juga untuk mengekalkan fungsi otak yang betul dan membolehkan pertumbuhan dan perkembangan yang normal berlaku.

manfaat-asid-lemak-omega-3-epa-dan-dha

Asid lemak Omega-3 EPA dan DHA dijumpai dalam ikan air sejuk seperti salmon, mackerel, halibut, sardin, tuna, dan ikan hering. ALA terdapat dalam flaxseeds, kacang soya, biji labu, minyak canola dan walnut.

Sebahagian besar manfaat kesihatan yang berkaitan dengan asid lemak omega-3 kebanyakannya dari sumber EPA dan DHA.

manfaat-asid-lemak-omega-3-epa-dan-dha

Faedah dan Manfaat Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA

Berikut adalah beberapa manfaat yang telah dibuat kajian setakat ini.

manfaat-asid-lemak-omega-3-epa-dan-dha

A. Omega 3 Menggalakkan Hati yang sihat dan Kesihatan Jantung

Menurut American Heart Association, jumlah asid lemak Omega-3 yang cukup boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan fatty plaques di dalam dinding arteri. Ia juga boleh mengurangkan risiko aritmia (degupan jantung yang tidak normal), mencegah penyakit jantung dan strok.

B. Mengurangkan Paras Kolesterol LDL

Salah satu sebab asid lemak omega 3 memberi manfaat kepada kesihatan jantung ialah dengan membantu menurunkan paras LDL (kolestrol jahat) dan trigliserida (lemak di dalam darah).

Orang yang menikmati diet yang kaya dengan Omega-3 asid lemak cenderung untuk mempunyai tahap kolesterol HDL yang lebih tinggi, dan bantu turunkan kolesterol LDL dengan mudah dan cepat bagi menggalakkan kesihatan jantung.

C. Melawan Diabetes

Mereka yang mengalami diabetes mempunyai tahap kolesterol HDL yang rendah dan paras trigliserida yang tinggi. Kedua-duanya boleh diatasi dengan meningkatkan jumlah omega-3 asid lemak dalam diet untuk menurunkan apoproteins (penanda diabetes).

Kesan negatif komplikasi diabetes jangka masa panjang boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular, kerosakan ginjal, penyakit saraf dan buta.

D. Kehamilan

Kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan asid lemak omega-3 yang tidak cukup semasa hamil telah meningkatkan risiko kelahiran pra-matang, peningkatan risiko pre-eclampsia, dan berat kelahiran yang rendah.

manfaat-asid-lemak-omega-3-epa-dan-dha

Pengambilan suplemen EPA dan DHA semasa kehamilan juga banyak memberi manfaat kepada pembangunan visual dan kognitif bayi, di samping mengurangkan risiko alahan pada bayi.

E. Omega 3 Menggalakkan Kesihatan Sendi dan Artritis Reumatoid (RA)

Omega-3 juga diperlukan untuk mengekalkan tulang rawan yang sihat, yang merupakan bahan salutan tulang licin pada sendi untuk memudahkan pergerakan.

Peningkatan penggunaan asid lemak omega-3 mengurangkan gejala artritis reumatoid (RA), termasuk kekejangan dan sakit sendi.

F. Omega-3 memerangi gangguan mental dan meningkatkan kesejahteraan mental

Omega-3 diketahui secara semula jadi meningkatkan kesihatan mental dan mood. Ia membantu melawan pelbagai isu-isu kesihatan mental termasuk kemurungan, kebimbangan, gangguan bipolar, ADHD, dan skizofrenia.

Adakah anda mengamalkan pemakanan yang kaya dengan sumber omega-3 ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari?

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

2 thoughts on “Manfaat Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA

Comments are closed.