Pada usia 55 tahun tahun 2008, mama MV didiagnosis menghidap kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya. Luluh hati kami sekeluarga ketika menerima perkhabaran itu. Perasaan kecewa dan sedih bercampur baur menyebabkan kami sekeluarga seakan-akan berputus asa.

Jadi atas nasihat doktor, mama diberi pilihan untuk menjalani dialisis hemodialisis (HD) atau Peritoneal Dialysis (PD).

Terdapat dua jenis PD iaitu Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Automated Peritoneal Dialysis (APD).

CAPD melibatkan proses manual bebas mesin yang menggunakan kuasa graviti bagi mengisi rumusan dialisis baru dan mengosongkan rumusan yang telah digunakan daripada kaviti peritoneal.

APD pula menggunakan mesin bagi menukar cecair dialisis sebanyak beberapa kali sebelum pesakit tidur.

Atas persetujuan kami sekeluarga, mama memilih untuk mengikuti rawatan CAPD yang lebih mudah. Lebih penting lagi ialah rawatan ni boleh dibuat sendiri di rumah.

Nampak muka dan tangan mama waktu ni memang mengembang. Kesian sangat.

Sebelum melakukan CAPD ni, mama membuat temujanji di Hospital Lam Wah Ee untuk memasukkan tiub.

Macam ni nak buat CAPD tu

Perut mama kelihatan sedikit buncit disebabkan oleh katerer yang ditanam di dalam perut akan terbonjol keluar lebih kurang dua inci. Selepas semua prosedur dilakukan, mama dirujuk ke bahagian nefrologi, Hospital Sultanah Bahiyah. Mama dimasukkan ke wad selama 2 minggu untuk mendapat latihan secukupnya daripada jururawat di Unit CAPD Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Mama belajar melakukan rawatan CAPD termasuk proses-proses pemasangan saluran bagi memasukkan rumusan CAPD dengan bantuan adik MV yang masa tu memang tak bekerja lagi.

Mama menggunakannya empat kali sehari selama 30 minit setiap sesi. Kaedah CAPD ini juga lebih ringkas, praktikal dan tidak menyakitkan berbanding prosedur hemodialisis.

Rawatan tersebut telah merapatkan hubungan mama dengan kakitangan perubatan khususnya jururawat di unit CAPD Hospital Sultanah Bahiyah.

Bimbingan serta perhatian yang diberi oleh jururawat, bagi kami sekeluarga, cukup menyenangkan walaupun ada ketikanya mereka begitu tegas khususnya dalam aspek berkaitan kebersihan.

Pengalaman Mama Melalui Rawatan Dialisis CAPD di Rumah

pesakit kegagalan buah pinggang

Dalam kaedah CAPD ni, beg mengandungi cecair dialisis (antara 2 hingga 2.5 liter) disambungkan ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga peritoneal.

Cecair dialisis dibiarkan di dalam rongga ini selama empat hingga enam jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialisis yang baru. Bagi mendapatkan dialisis mencukupi, empat atau enam kali pertukaran cecair dialisis diperlukan setiap hari.

Sebelum nak dialisis ni kena timbang berat badan sebelum dan selepas. Adik MV cakap nak kira berapa total air kot. Tekanan darah pun perlu dicatat juga. MV tak pandai sangat sebab sebulan sekali menjenguk mama di kampung. Cuma mengharapkan pada adik untuk update.

Mama juga tidak terbeban dengan bekalan kerana setiap sebulan sekali adik akan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk mengambil beg-beg dialisis di dalam kotak.

Di rumah memang ada bilik khas untuk mama melakukan dialisis ni. Bilik ni memang dilengkapi dengan kerusi, meja, sinki dan air-conditioner untuk keperluan mama semasa menjalani dialisis. Jadi, kotak beg dialisis tu memang disimpan dengan baik.

image google : lebih kurang macam ni lah dirumah, berkotak-kotak susun

Dari segi kos rawatan, ia juga sedikit berkurangan. Kos sebulan lebih kurang kira-kira RM2,500 berbanding RM3,000 bagi rawatan hemodialisis. Syukur, mama menggunakan GL kakak MV yang bekerja sebagai guru. Jadi, semuanya dipermudahkan urusan untuk mama.

Doktor yang merawat mama menyatakan kegagalan buah pinggang berlaku akibat kesan tekanan darah tinggi yang tidak stabil.

Ketika membuat pemeriksaan tekanan darah, doktor terkejut kerana tekanan darah mama pada tahap membimbangkan iaitu atas 200mm Hg dan bawah 180mm Hg. Mama juga pernah diserang strok 2 kali.

Sokongan dan dorongan keluarga adalah kekuatan paling penting untuk mama mengharungi hidup sebagai pesakit kegagalan buah pinggang.

Namun Allah lebih menyayangi mama selepas 5 tahun menjalani rawatan dialisis. Pada 29 April 2017 ni genap 4 tahun mama meninggalkan kami sekeluarga.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Mama Lebih Bebas Jalani Aktiviti Harian dengan Rawatan Dialisis CAPD

8 thoughts on “Mama Lebih Bebas Jalani Aktiviti Harian dengan Rawatan Dialisis CAPD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.