Pemilihan Makanan Beralkali dan Berasid Perlu Seimbang

By | March 25, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook9

Makanan Beralkali dan Berasid | Tahukah kenapa pentingnya kita memilih makanan?

Adakah badan kita berasid atau lebih kepada alkali?

makanan beralkali dan berasid

Nisbah yang ideal, menurut the world’s foremost authority on the relationship between the acid-alkaline ratio in the diet in health and disease, Dr. Regner Berg mengesyorkan kita untuk mengambil makanan yang beralkali sebanyak 80% dan makanan berasid sebanyak 20%.

makanan beralkali dan berasid

Beliau menerangkan bahaya makanan berasid ini;

Apabila kita mengambil makanan atau minuman berasid, sistem tubuh secara semulajadi akan menarik atau menggunakan segala mineral yang ada dalam tulang sendi kita, hal ini akan berlaku setiap kali bahan berasid masuk ke dalam badan kita. Maka sebab tu la semakin berusia tulang kita semakin lemah, sering sengal sendi, bisa kaki dan kebas kerana mineral sudah berkurangan dalam tubuh badan kita.

Namun, apa yang terjadi dalam kehidupan hari ini, kita lebih kepada pengambilan makanan berasid. Dah jadi terbalik kan!

makanan beralkali dan berasid

Gambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan. Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid, skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi manakala skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali. Kita digalakkan mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan minda dan tubuh badan kita.

Kita tentu tidak sedar dan tidak tahu langsung untuk membezakan makanan beralkali dan berasid ni kan?

Ada pelbagai jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk kita hidup lebih sihat dan bertenaga. Tetapi seandainya kita mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, kita juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet kita kembali menjadi neutral.

Jom MV berkongsi pH spectrum untuk Makanan Beralkali dan Berasid yang amat berguna untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan kita.

makanan beralkali dan berasid

Tubuh manusia yang normal, pH bersifat alhali iaitu 7.4. Sekiranya darah kita sentiasa dalam keadaan pH alkali, proses peredaran kimia dalam tubuh akan berfungsi dengan lancar dan semua toksin akan dapat dilenyapkan dengan cepat.

Makanan berasid ini akan mengakibatkan tubuh dan darah kita menjadi berasid. Keadaan ini boleh menyebabkan organ penting seperti limpa, hati, jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja keras dan lama kelamaan akan menjadi lemah dan mudah diserang dengan penyakit.

Kalau dah organ penting ni rosak atau lemah, makan terjadi la penyakit kronik. Paling serius akan menyebabkan kegagalan ginjal, batu hempedu, darah tinggi, sakit jantung, asma dan lain-lain.

Mungkin ada yang keliru bahawa makanan berasid mengandungi asid, namun sebenarnya makanan berasid terhasil daripada proses pencernaan makanan dan asimilasi. Contohnya lemon, pada awalnya lemon mempunyai asid namun selepas proses pencernaan makanan, ia menghasilkan alkali.

“Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi”

Selain mengambil sumber makanan beralkali yang cukup, kita juga boleh mengamalkan suplemen yang kaya dengan sumber alkali.

Alfalfa Complex mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Potasium magnesium bersifat alkali dan baik untuk membuang toksin didalam badan kita.

Untuk kesihatan optimum dan rintangan maksimum kepada penyakit, ia adalah penting bahawa diet kita lebih menjurus kepada alkali.

Jom periksa apa yang kita makan  😉