Lecithin dan Penyusuan : Adakah Berkesan untuk Masalah Bengkak Susu?

By | November 15, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+3Share on Facebook6

“Saluran susu yang tersumbat” sangat menyakitkan dan ia boleh membawa kepada jangkitan atau mastitis. Apakah kaitan lecithin dan penyusuan?

Lecithin dan Penyusuan : Adakah Berkesan untuk Masalah Bengkak Susu?

Apakah Bengkak Susu?

Bengkak susu adalah masalah biasa yang timbul semasa penyusuan berlaku. Ianya berlaku apabila susu tidak dialirkan sepenuhnya daripada payudara ataupun terdapat banyak tekanan dalam payudara. Susu menjadi pekat dan tidak mengalir dengan betul.

Payudara akan mula terluka dan berasa panas. Keadaan ini sangat tidak selesa bagi mereka yang baru bergelar ibu kerana ianya sangat menyakitkan.

lecithin-dan-penyusuan

Bengkak susu atau saluran susu tersumbat adalah disebabkan oleh:

  1. Kegagalan untuk mengosongkan payudara semasa menyusu bayi
  2. Bayi tidak menghisap dengan baik atau mempunyai masalah ketika menyusu
  3. Skipped menyusu atau menunggu terlalu lama diantara waktu penyusuan’
  4. Menghasilkan susu terlalu banyak
  5. Breast pump tidak berkesan
  6. Tidur diatas perut
  7. Coli ketat

Apa itu Lecithin?

Jika anda pernah mendapat bengkak susu atau saluran susu tersumbat secara kerap (recurrent plugged ducts), doktor pastinya akan mengesyorkan untuk meningkatkan pengambilan bahan yang dipanggil lecithin.

lecithin-dan-penyusuan

Lecithin adalah campuran choline, choline, choline esters, fatty acids, glycerol, glycolipids, triglycerides, phosphoric acid, dan phospholipids, seperti phosphatidylcholine komponen normal susu manusia.

Ia adalah bahan yang membantu menyimpan lemak dan pengemulsi lemak. Lecithin adalah phospholipid, yang mempunyai kedua-dua unsur hydrophobic (pertalian untuk lemak dan minyak) dan hidrophilic (pertalian untuk air).

“Lecithin Meredakan Bengkak Susu”

Lecithin adalah bahan semulajadi yang ditemui pada kuning telur. Ianya juga boleh ditemui di dalam:

  • kacang soya
  • bijirin
  • kacang tanah
  • daging
  • susu

Ia dianggap membantu mengatasi bengkak susu dengan meningkatkan asid lemak poli tak tepu dalam susu dan mengurangkan kelekitan itu.

Berapa Banyak Lecithin yang Perlu diambil?

Menurut Canadian Breast-Feeding Foundation, pengambilan 1200 miligram, empat kali sehari dicadangkan untuk membantu mencegah saluran susu tersumba .

Apakah Manfaat Pengambilan Lecithin Semasa penyusuan?

Lecithin adalah salah satu cara untuk membantu mencegah saluran susu tersumbat dan apa-apa komplikasi yang terhasil.

Saluran susu tersumbat boleh menyakitkan dan tidak selesa untuk kedua-dua ibu dan bayi. Bayi anda mungkin menjadi cerewet jika susu yang keluar lebih perlahan daripada biasa.

Kebanyakan masalah susu tersumbat ni akan reda sendiri dalam masa satu atau dua hari. Walau bagaimanapun, sekiranya seorang wanita mempunyai masalah saluran susu tersumbat, dia berisiko mendapat jangkitan payudara (mastitis).

Jika anda mempunyai gejala-gejala seperti demam selesema dan menggigil dan ketulan payudara yang panas dan merah, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

Anda mungkin diberikan antibiotik untuk menghilangkan jangkitan. Jika tidak dirawat, mastitis boleh membawa kepada  breast abscess. Payudara bernanah lebih menyakitkan dan perlu dibuang segera oleh doktor.

Pakar laktasi juga memberikan tips untuk mencegah saluran susu tersumbat termasuk:

  • membolehkan bayi menghabiskan sepenuhnya penyusuan sebelah payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi
  • memastikan bayi anda melekap dengan betul semasa penyusuan
  • berubah posisi setiap kali penyusuan
  • amalkan diet rendah lemak tepu
  • pengambilan air yang cukup
  • memakai coli yang sesuai

Adakah anda pernah mengalami saluran susu tersumbat?

Bagaimana anda merawatnya? Berkongsi dengan kami dalam komen di bawah supaya kami boleh membantu ibu-ibu lain yang menghadapi masalah saluran tersumbat atau mastitis.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

7 thoughts on “Lecithin dan Penyusuan : Adakah Berkesan untuk Masalah Bengkak Susu?

Comments are closed.