Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah Kanser

By | October 27, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook2

Kunyit herba semulajadi untuk mencegah kanser

Kunyit herba semulajadi untuk mencegah kanser | Kunyit memang terkenal dalam masakan masyarakat India kan? Kunyit ni sangat terkenal untuk melawan keradangan dan mengurangkan kesakitan sendi.

RAMAI yang tidak sedar di sebalik simbolik warna kuning emas, kunyit yang merupakan tumbuhan yang mempunyai 1,001 khasiat yang mampu mencegah dan mengurangkan penderitaan akibat penyakit-penyakit berprofil tinggi seperti kanser, Alzheimer dan diabetes.

KUNYIT BUKAN SEKADAR RAMUAN UNTUK MASAKAN

Sejak kebelakangan ini, kunyit mulai mendapat tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam pencegahan banyak penyakit.

Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah Kanser

Pengkaji herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker memberitahu, kunyit mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai curcumin yang berperanan mencegah penyakit seperti kanser payudara, prostat dan mengurangkan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan curcuminoid mempunyai sifat anti oksida, anti radang dan menurunkan takat kolestrol. Ia merupakan sejenis perencat COX-2 semulajadi bagi melegakan kesakitan dan juga adalah agen anti-kanser.

Bolehkah makan kari membantu mencegah kanser pangkal rahim?

Beberapa kajian telah dijalankan dan cucurmin dikenalpasti mengatasi pembiakan sel-sel kanser pangkal rahim serta menggalakkan apoptosis sel-sel HPV-positif. Kajian pada tahun 2014 juga telah menunjukkan keberkesanan cucurmin yang mengandungi penyediaan polyherbal yang membersihkan kegatalan dan kerengsaan faraj yang sering dikaitkan dengan jangkitan HPV.

Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah Kanser

sumber : easyhealthoptions, zliving & earthclinic

Bagaimana kunyit boleh menghalang kanser?

Kunyit boleh menghalang kanser melalui pengawalan DNA sel kanser itu sendiri. Sel-sel kanser adalah sama seperti sel lain didalam tubuh manusia kerana ia mengandungi DNA. DNA ini mengawal pertumbuhan dan pembiakan. Dengan menambahkan kunyit ke dalam diet harian, ianya mungkin boleh menghentikan pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser kerana cucurmin mengubah arahan DNA sel-sel kanser dan berkesan mematikan sel-sel kanser.

Kunyit juga adalah ‘super bff’ untuk hati kita. kunyit membantu meningkatkan detoks hati, dengan membantu enzim yang aktif menyingkirkan pemakanan yang diketahui carcinogen.

Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah Kanser

Banyaknya khasiat dan kebaikan kunyit ni kan..sebelum ni kita mungkin mengenalinya hanya sebagai rempah ratus yang digunakan didalam masakan harian. Namun, didalamnya terkandung 1001 khasiat yang mampu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kronik di dunia ni. Sebab itu juga Shaklee memperkenalkan DTX™ Complex. Ianya membekalkan nutrisi sokongan dengan kombinasi milk thistle dan artichoke serta pelbagai herba berkhasiat bagi melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati.

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

29 thoughts on “Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah Kanser

  1. abg jay

    dah lama tak masuk dapur…kalau tak sebelum goreng ikan kembung mesti kuning tangan gaul kunyit kat ikan…..

Comments are closed.