Berapa kali anda pulang ke rumah dari hari yang panjang kerana bekerja dan hanya mahu merebahkan diri ke tempat tidur tanpa mengambil kira kulit anda?

Waktu tu kita merasakan seolah-olah membersihkan solekan kelihatan lebih sukar daripada mendaki gunung, dan menggunakan krim malam sangat sukar seolah-olah join larian maraton.

Ia mungkin kedengaran seperti satu idea yang baik untuk meninggalkan ritual kecantikan waktu malam anda dan terus tidur, tetapi percayalah keesokannya anda pasti akan menyesal.

Dalam dunia yang sempurna, anda mungkin sama sekali tidak perlu kepada pelembap dalam apa jua bentuk. Anda hanya perlu makan dengan sempurna, tidak merokok, dapatkan tidur 6 jam dan minum air yang mencukupi.

Tiada pencemaran, tidak takut akan kerosakan UV dan ion negatif daripada persekitaran semula jadi. Kulit anda akan berada dalam keadaan terbaik – cantik terhidrat, licin dan lembut.

Tetapi realitinya dunia kita dihujani dengan pelbagai sumber radikal bebas sepanjang hari, yang memberi tekanan kepada kulit kita dan menyebabkan sensitiviti kepada sinaran matahari dan kerosakan alam sekitar serta penuaan pra-matang.

Mengapa perlukan krim malam?

Adakah anda seorang yang percaya bahawa krim malam hanya satu cara untuk syarikat-syarikat menjual produk mereka tanpa keperluan tertentu?

Baik jika anda benar-benar berfikir demikian, maka entry ini adalah ideal untuk anda dan ia akan Eye Opener untuk anda. Selepas penerangan MV ni mesti anda faham dan yakin kenapa pentingnya penggunaan krim malam ni.

Pada waktu malam, kulit beralih kepada mod rehat dan pembaikan, sejajar dengan bioritma dan corak tidur anda. Tujuan krim malam adalah untuk menyokong kulit anda melalui fasa itu, dan menjadikannya lebih cekap untuk mengekalkan kulit yang sihat.

Sudah tentu, langkah pertama anda adalah untuk sentiasa memberikan kulit anda pembersihan yang baik untuk menghilangkan kotoran, minyak, mekap dan kekotoran lain daripada kulit anda. Ini adalah cara yang terbaik untuk menamatkan hari yang panjang.

Pembersihan yang betul akan membolehkan krim malam anda menjalankan tugas magiknya tanpa apa-apa gangguan.  The best part ialah ia bekerja semasa anda sedang tidur.

Krim malam memberikan khasiat dan menghidratkan kulit anda. Krim malam boleh menggandakan kelembapan kulit dan menyokong manfaat anti-penuaan. Kulit kita melakukan banyak kerja pada waktu malam. Ianya menembusi pada kulit secara perlahan dalam tempoh beberapa jam. Ia mengandungi bahan-bahan anti-penuaan yang tinggi seperti retinol dan asid Glycolic.

Mengapa Krim Malam Sangat Penting?

Penggunaan krim malam secara konsisten boleh melakukan banyak keajaiban untuk kulit anda, antaranya ialah:

  1. Ia menyuburkan dan mengembalikan keremajaan kulit.
  2. Ia merawat pigmentasi, tompok penuaan, kedutan, garis-garis halus.
  3. Ia melegakan kegatalan kulit kecil.
  4. Ia memberikan tekstur yang halus untuk kulit.
  5. Ia meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit, dan dengan itu meningkatkan keanjalan kulit.
  6. Ia membantu melawan radikal bebas.
  7. Ia memberi penghidratan yang diperlukan untuk kulit.

Bagaimana untuk memilih krim malam yang terbaik untuk kulit anda?

Sekarang anda yakin (Ya, MV pasti bahawa anda yakin ;-)) tentang betapa pentingnya krim malam dalam rejim penjagaan kulit harian anda. Kini MV akan mencadangkan tentang bagaimana untuk memilih krim malam untuk diri sendiri.

Umur adalah faktor penting yang perlu diberi perhatian ketika memilih untuk krim anda, kerana perbezaan umur memerlukan penjagaan kulit yang berbeza.

  • Jika anda berada dalam usia 20-an memilih untuk light textured, pelembab krim malam yang kaya dengan antioksidan supaya ia melindungi kulit anda daripada radikal bebas.
  • Jika anda berusia 30-an anda perlukan krim malam yang kaya dengan anti–ageing yang membantu untuk menjana semula kulit, mencegah kedutan dan mengurangkan garis-garis halus.
  • Jika anda berusia 40-an anda perlu memilih krim malam yang firming, anti-kedutan yang membantu menjaga kulit dan merawat kedutan yang lebih mendalam, garis-garis halus dan kulit kendur.

overnight renewal whitening cream

MV menggunakan overnight renewal whitening cream sekarang. Krim malam ni adalah dari rangkaian skincare Nutriwhite gabungan 16 ramuan botani  yang mujarab. Ianya sangat menyegarkan dan terasa super luxe apabila menggunakannya. Rawatan intensif ini membolehkan MV untuk menjaga kulit supaya kelihatan lebih muda untuk tempoh yang lebih lama. Untuk elakkan eyebag dengan sapuan krim malam ni pun boleh tau.

Setiap kali MV terasa malas dan rasa ingin lupakan tentang krim malam ni, MV hanya berfikir tentang khasiat dan penghidratan diberikan kepada kulit MV. Walaupun MV bangun pada tengah malam dan terlupa untuk menyapu krim malam, MV sanggup tu mencalit krim ni walaupun dalam separuh sedar. It’s that important and it’s worth the extra effort.

Kulit memerlukan penghidratan yang cukup untuk kelihatan cantik. Ya, kita perlu minum air yang cukup untuk hidratkan badan secara keseluruhan, tetapi kita juga perlu menggunakan produk untuk kulit sentiasa lembap. Kulit kering nampak tak cantik. Itu sebabnya individu yang mengalami kulit kering cenderung untuk kelihatan kebih tua daripada usianya.

Ini adalah mengenai penghidratan, dan kita semua memerlukannya tidak kira kita tergolong dalam jenis kulit apa pun. Krim malam yang digunakan setiap malam akan memberikan penghidratan yang diperlukan dengan sedikit usaha dari kita. Jadi, anda benar-benar tiada alasan untuk tidak melakukannya.

Adakah anda menggunakan krim malam?

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Krim Malam untuk Wanita yang Ingin Kelihatan Lebih Muda Setiap Pagi

2 thoughts on “Krim Malam untuk Wanita yang Ingin Kelihatan Lebih Muda Setiap Pagi

Comments are closed.