Salam Maulidul Rasul semua.

Pada tahun ini, maulid nabi jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 1 Disember 2017/12 Rabiul Awal 1439H. Bermakna pada hari ini, semua rakyat Malaysia mendapat satu cuti umum.

TemaSambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’ .

Sebuah program persembahan melalui Konsert Rapatkan Saf memaparkan lagu-lagu kerohanian serta tazkirah yang menggabungkan artis-artis dan pendakwah Nusantara bakal diadakan secara langsung di pentas AlHijrah Big Studio (ABS) pada 12 Rabiulawal 1439H bersamaan 1 Disember 2017.

Konsert Rapatkan Saf diadakan bagi mengangkat tema sambutan Maulidur Rasul dengan menggabungkan selawat, nyanyian, monolog ketuhanan dan zikir munajat dalam menzahirkan rasa kecintaan tidak berbelah bahagi kepada Baginda Nabi Muhammad SAW serta menyampaikan mesej Islam adalah agama keamanan dan penyatuan.

Antara barisan artis yang akan turut serta seperti Ramli Sarip, Lah Ahmad, artis religiIndonesia , Rijal Vertizone, Fikri Yasir, Kumpulan Raihan, Hafiz Hamidun, Wani dan juga penampilan pertama Datuk M. Nasir dan Hazama.

Barisan pendakwah Nusantara seperti Habib Ali Zaenal Abidin, Ustaz Syed Kadir Al Joofre, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, Ustazah Isfadiah Dusuki, PU Rozi Harun, Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Luqman Nurhakim juga akan turut memeriahkan konsert.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Rapatkan Saf, pada Jumaat, 1 Disember 2017 tepat jam 9 malam ini. 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Konsert Rapatkan Saf sempena Maulidul Rasul di TV AlHijrah

One thought on “Konsert Rapatkan Saf sempena Maulidul Rasul di TV AlHijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.