Khasiat Teh Halia

Khasiat Teh Halia | Teh halia adalah minuman ‘spicy’ konvensional yang dinikmati setiap hari di seluruh Asia dan juga popular di seluruh dunia. Teh halia kaya dengan kalium, magnesium, vitamin B6 dan C, dan ia mengandungi banyak manfaat kesihatan termasuk penghadaman, mengurangkan keradangan sendi, migrain, loya, dan cirit-birit.

Teh halia bukan sahaja sedap untuk dinikmati, malah ianya turut memberikan banyak manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita seprti yang MV kongsikan di bawah:

khasiat teh halia

#1. Mengubati selesema dan asma

Teh halia boleh membantu melegakan masalah pernafasan yang berkait dengan asma dan selesema. Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit ini mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

#2. Meningkatkan peredaran darah

Vitamin, mineral dan asid amino dalam teh halia boleh membantu memulihkan dan memperbaiki peredaran darah yang boleh membantu mengurangkan kejadian masalah kardiovaskular.

#3. Melegakan ketidakselesaan haid

Cara ini adalah untuk semua wanita yang mengalami senggugut. Cuba rendam tuala dalam teh halia panas dan letakkan ke bahagian bawah abdomen anda. Ini boleh membantu melegakan kesakitan dan melonggarkan otot.

#4. Mengatasi ketidakselesaan perut

Teh halia berguna dalam meningkatkan pencernaan dan meningkatkan penyerapan makanan selepas makan terlalu banyak.

#5. Melegakan loya

Minum secawan teh halia sebelum perjalanan boleh membantu menghilangkan loya dan mabuk. Ibu hamil yang sering ‘morning sickness’ juga digalakkan mengamalkannya.

#6. Meningkatkan sistem imun

Teh halia mengandungi sejumlah besar antioksidan yang menguatkan imuniti dan melindungi tubuh badan daripada jangkitan.

#7. Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol

Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Halia mempunyai ciri-ciri anti-radang yang menjadikannya ideal untuk mengurangkan masalah sendi dan tegang otot.

#8. Mengurangkan tekanan

Teh halia mempunyai sifat menenangkan yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan anda.

Cinch® Energy Tea Mix dan Peppermint-Ginger Plus yang Berkasiat dan Memberikan Tenaga Segera!

khasiat teh halia

Peppermint-Ginger Plus ~ kombinasi 4 herba iaitu pudina, halia, pokok adas (fennal) dan cekur manis yang dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui teknologi sains yang terkini.

Cinch® Energy Tea Mix ~ adunan proprietari teh putih, merah, hijau, dan matcha yang umphh!. Ia diadun untuk  mewujudkan minuman ‘energy-booster’ yang luar biasa.

Cara minum Cinch® Energy Tea Mix dan Peppermint-Ginger Plus yang paling mudah!

Bahan
Campurkan 1 paket Cinch® Energy Tea Mix ke dalam 6-8oz air panas atau sejuk, tambahkan 2 biji tablet peppermint ginger plus, kacau hingga sebati dan nikmati dengan lazatnya. Kalau nak ada rasa manis, tambahkan sesudu teh madu. Mudah kan  🙂

Jom dapatkan Cinch Tea dan Peppermint Ginger HARI INI juga! Boleh dinikmati seisi keluarga.

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Khasiat Teh Halia yang Melegakan!

10 thoughts on “Khasiat Teh Halia yang Melegakan!

Comments are closed.