Ramai orang suka minum soya kan?

MV juga suka susu kacang soya. Antara produk yang MV ambil ketika fasa pertama weight loss dulu adalah Soyfresh dan Soyrich (sugarless), sebelum beralih sepenuhnya kepada ESP mixed soy protein since mengenali Shaklee 2011 dulu.

Ramai warga tua dan juga ibu mengandung suka minum air soya. Ibu mengandung minum soya sebab nak anak putih dan gebu. Betul ke?

Protein soya membekalkan asid amino, tidak mengandungi kolesterol dan laktosa, sesuai untuk golongan vegetarian dan mudah dihadam.

Apa yang paling penting, ia sesuai untuk seisi keluarga dan semua orang gemarkannya!

Protein membina tubuh kita, seperti batu-bata yang membina rumah kita. Ia adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan, termasuk kulit kita.

5 Tips untuk pilih sumber Protein yang betul

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?

Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama.

Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit.

Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?

Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?

Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, kekacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh akan memberikan kita protein tanpa lemak yang berlebihan.

4. GMO vs bukan-GMO?

GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?

Seboleh mungkin dapatkan protein dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien.

Apabila kita tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet pemakanan, kita boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.

Khasiat Protein Lengkap untuk Seisi Keluarga!

Setiap ahli keluarga adalah sama penting. Berikan orang yang kita sayangi protein soya terbaik, untuk khasiat terbaik, yang diperlukan oleh badan mereka.

Protein untuk MEMBINA kulit yang sihat.

Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.

Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.

Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.

ESP-MIXED SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder merupakan minuman yang lazat dan kaya dengan protein berasaskan tumbuhan dan menggalakkan pembaharuan sel untuk membina asas kepada kulit yang sihat.

Berminat untuk mendapatkan ESP pada bulan ni? Ini adalah stok wajib kalau Shaklee buat promosi ESP. Grab sekarang!

Promosi ni sehingga akhir bulan Oktober sahaja ye!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Suka Minum Susu Soya? Ini Tips Ringkas untuk Memilih Sumber Protein Soya yang Betul!

4 thoughts on “Suka Minum Susu Soya? Ini Tips Ringkas untuk Memilih Sumber Protein Soya yang Betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.