Khasiat kesihatan minum air lemon | Tahukah anda bahawa lemon dapat memberi banyak khasiat untuk kesihatan kita. Menurut pakar O&G Dr Hamid Arshat, antara khasiat lemon dari segi sakit puan ialah boleh menghalang pertumbuhan cyst, fibroid dan lain-lain lagi yang berkaitan masalah kesihatan wanita.

Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semula jadi.

Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.

Ia memang sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain.

Khasiat Kesihatan Minum Air Lemon

Anda perlu tahu faedah dan khasiat kesihatan minum air lemon seperti yang MV senaraikan dibawah:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah.

3. Sumber bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.

4. Lemon kaya dengan potassium yang mana bagus untuk kesihatan jantung, otak dan sistem saraf.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon membantu memperbaiki masalah kulit, memudarkan bintik hitam, menghalang parut dan mencerahkan kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon membantu mengurangkan batuk, selsema dan sakit tekak.

10. Kandungan potassium dan vitamin C didalam lemon membantu mengawal tekanan darah dan kolesterol dalam darah seterusnya meningkatkan kesihatan jantung.

11. Membantu menurunkan berat badan. Lemon mengandungi serat ‘peptin’ yang mengurangkan rasa lapar.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik menyegarkan bau nafas mulut

sumber : Lifehack & Lifebeckon

Buah lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat badan.

Bahkan khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta membersihkan buah pinggang.

Nikmati minuman lemon bersama cinch energy tea mix, pastinya anda ‘terangkat’! 🙂

Khasiat Kesihatan Minum Air Lemon

MV selalu dapat free cinch energy tea mix ni kalau pergi seminar Shaklee. First time MV cuba tak kena selera tekak sebab tak bubuh gula. Tapi bila cuba berkali-kali baru terasa sedapnya teh ni. Bila batuk atau sakit tekak, MV bancuhkan dengan MADU, hasilnya AWESOME! Belum lagi letak dengan lemon. Bila dah letak lemon, wow MARVELOUS!

Sangat dahsyat lagi dengan teh ini ia mampu mengelakkan mata MV dari mengantuk dan penambah tenaga. Untuk yang nak berdiet SANGAT SESUAI ye! Kalau tak caya tengok testimoni pengguna  kami ni. 😉

Khasiat Kesihatan Minum Air Lemon

Kalau nak rasa ‘kesedapan’ teh ini bersama minuman lemon anda boleh order dengan MV ya!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Khasiat Kesihatan Minum Air Lemon

4 thoughts on “Khasiat Kesihatan Minum Air Lemon

Comments are closed.