Sebenarnya nak cerita yang MV baru je beli produk Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Country Farm Organics ini. Sebotol 1 liter berharga RM68.80 sahaja dengan percuma 100ml. Mujur sempat untuk dapatkan sebelum akhir bulan ini.

Buat yang baharu kenal dan belum pernah mengambil VCO ini tentu akan bertanya; ada apa dengan VCO? Seperti MV sendiri yang sudah agak lama mendengar tentangnya namun tak pernah pun terfikir untuk mencari sehinggalah ketika berada pada trimester terakhir kehamilan sekarang ni. Dari maklumat yang MV baca, VCO amat bagus untuk diamalkan pada penghujung kehamilan atas sebab kebaikannya yang sangat banyak.

Apa itu Minyak kelapa dara?

Minyak Kelapa Dara ialah minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Ia diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, palmitic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita.

Kelebihan VCO ini ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata, strechmark bagi wanita hamil dan banyak lagi.

VCO yang bagus untuk dimiliki adalah yang dihasilkan melalui kaedah perahan sejuk (cold pressed), tidak disuling (unrefined) dan penanamannya secara organik. Akhir-akhir ini terdapat pelbagai keluaran VCO dari banyak pengeluar dengan jenama masing-masing.

Khasiat dan kebaikan yang ada pada minyak kelapa dara

1) Memudahkan pembuangan air besar bagi yang mengalami masalah sembelit. Ini sangat membantu terutama ketika mengandung dan selepas melahirkan yang mana masalah sukar membuang air akan dialami oleh ramai wanita. Ia juga membantu bayi dan anak kecil yang mengalami masalah yang sama.

2) Aplikasi VCO pada kawasan perineum pada akhir kehamilan akan membantu mengelastikkan lagi pembukaan faraj wanita bagi membantu memudahkan kelahiran. Terdapat ramai yang berkongsi bahawa jika dilakukan secara kerap dan betul, tidak akan berlaku sebarang koyakan yang memerlukan jahitan ketika melahirkan. Jika di hospital, prosedur episiotomi juga dapat dielakkan.

3) Untuk yang menderita penyakit kulit seperti ekzema juga bagus untuk menggunakannya, untuk sapuan dan juga dimakan. Namun perlu untuk diuji dahulu kesesuaian kulit dengan melakukan ‘patch test’ di mana sedikit VCO dioles pada kawasan tersembunyi di bahagian tubuh yang mengalami masalah dan lihat jika terdapat kesan yang lebih teruk selepas beberapa ketika. Jika tiada maka bolehlah digunakan VCO bagi tujuan memulihkan ekzema.

4) Menggantikan minyak bayi (baby oil) komersial yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang tidak bagus untuk disapu pada kulit bayi. Kulit bayi akan sentiasa lembab dan tidak perlu lagi disapukan bedak talkum.

5) Dijadikan minyak rambut bagi melebatkan rambut. Boleh juga dibuat bancuhan VCO dan perahan lemon untuk masalah kulit kepala gatal dan kelemumur. Sapukan pada kulit kepala setiap hari dan bolehlah disyampu seperti biasa selepas itu.

6) Menggantikan minyak masak untuk alternatif yang lebih sihat. Tidak seperti minyak kelapa sawit yang hanya boleh diulang guna maksima tiga kali, VCO boleh digunakan berkali-kali tanpa masalah. Jika anak anda sangat gemarkan makanan bergoreng maka ini adalah cara yang paling selamat. Selain sihat, rasanya juga lebih enak.

7) Menggantikan mentega dalam pembikinan kek dan biskut. Seperti di atas, ia juga pilihan yang lebih sihat.

8) Membantu meningkatkan sistem imun anak dan orang dewasa. Pengambilan secara kerap setiap hari akan menyediakan sistem tubuh kita untuk lebih kuat melawan penyakit. Anak-anak yang mengamalkan VCO juga tidak mudah diserang penyakit.

9) Membantu penurunan berat badan bagi yang bermasalah.

10) Sangat baik digunakan untuk kesihatan dalam mulut.

Untuk mom-to-be macam MV, kalau nak try boleh beli yang ni. Sedap tau!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Khasiat dan Kelebihan Extra Virgin Coconut Oil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.