Khasiat Chia Seed Dalam Diet Harian

By | October 19, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Facebook8

Ch-ch-ch-chia! Bila terbaca perkongsian khasiat chia seed dari kak Jue di facebook hari tu, baru teringat yang MV pun ada beli organic chia seed kat tesco.

Then, since seminggu ni memang MV mulakan hari dengan minuman dan sarapan yang sihat dengan chia seed.

Chia seed telah menjadi salah satu superfoods yang paling popular dalam komuniti masyarakat Malaysia sekarang. Bila dah jadi trend, mesti ramai yang dah tahu khasiat chia seed ni kan? Jadi, cukuplah MV berkongsi point yang penting sahaja.

Profil Pemakanan Chia Seed.

Chia seed begitu bermanfaat adalah disebabkan oleh mereka kaya dengan serat, lemak omega-3, protein, vitamin dan mineral seperti :

  • Serat (11g – 42% nilai harian disyorkan)
  • Protein (4.4g – 9% RDV)
  • asid lemak Omega-3 (4915 mg)
  • asid lemak omega-6 (1620 mg)
  • Kalsium (77 mg – 18% RDV)
  • Copper (0.1 mg – 3% RDV)
  • Fosforus (265 mg – 27% RDV)
  • Kalium (44.8 mg – 1% RDV)
  • Zink (1.0 mg – 7% RDV)

Chia seed juga mengandungi asid lemak perlu alpha-linolenik dan asid linoleik, mucin, strontium, Vitamin A, B, E, dan D, dan mineral termasuk sulfur, besi, iodin, magnesium, mangan, niasin, tiamin, dan mereka adalah sumber yang kaya anti-oksida.

khasiat-chia-seed

Khasiat Chia Seed: 9 Sebab Untuk Tambah Chia Seed ke dalam Diet Harian

Penyelidikan telah membuktikan bahawa makanan superfoods yang kaya dengan pelbagai nutrien utama ini jika diamalkan secara berterusan boleh membantu meningkatkan kesihatan.

1. Untuk Kulit dan Penuaan

Chia seed mempunyai jumlah kepekatan fenolik semulajadi (antioksidan) yang tinggi dan ianya mampu menghentikan sehingga 70% daripada aktiviti radikal bebas.

Antioksidan mempercepatkan sistem pembaikan kulit, dan mencegah kerosakan yang lebih teruk. Sebab itu, ia boleh mencegah penuaan kulit pra-matang yang disebabkan oleh radikal bebas.

2. Sistem Penghadaman dan Pencernaan yang sihat

Chia seed mempunyai kandungan serat yang tinggi dan lemak yang sihat. Oleh sebab itu, ia amat membantu menggalakkan kekerapan membuang air besar dan najis yang sihat.

Serat ini juga melambatkan pencernaan dan membolehkan kita sentiasa berasa kenyang lebih lama.

3. Kesihatan Jantung

Chia seed amat bermanfaat untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya untuk menentang keradangan, mengawal kolesterol dan menurunkan tekanan darah.

4. Bantuan Merawat Diabetes

Kajian dari penyelidik dari University of Litoral di Argentina menentukan bahawa chia seed yang kaya dengan asid alfa-linolenik dan serat boleh membantu mencegah gangguan metabolik seperti dyslipidemia (lemak yang berlebihan dalam darah) dan rintangan insulin.

5. Tingkatkan Tenaga & Metabolisme

Kajian yang diterbitkan didalam Journal of Strength and Conditioning membuat kesimpulan bahawa pengambilan chia seed untuk senaman yang berlangsung 90 minit dipertingkatkan metabolismanya dengan cara yang sama sugar-laden sports drink lakukan TETAPI tanpa gula.

6. Menguatkan Tulang

Kalsium adalah asas dalam kesihatan tulang dan membantu mengekalkan kekuatan tulang dan jisim. Chia seed juga mengandungi boron yang merupakan satu lagi nutrien penting untuk kesihatan tulang.

Boron membantu memetabolismekan kalsium, magnesium, mangan, dan fosforus untuk pertumbuhan tulang dan otot yang sihat.

7. Membina Otot dan Mengurangkan Berat Badan

Chia seed ialah sumber protein yang berasaskan tumbuhan. Ia menyediakan 9 asid amino penting untuk badan membina otot.

Ia membendung kelaparan dan menyekat selera makan dengan mengawal hormon leptin, yang juga boleh membawa kepada penurunan berat badan dan mengurangkan ketagihan gula.

8. Melawan Kanser Serviks dan Payudara

Chia seed kaya dengan asid alpha lineic (ALA) yang menghadkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam kedua-dua kanser payudara dan kanser serviks.

9. Kesihatan Gigi

Chia seed penuh dengan kalsium, fosforus, Vitamin A dan zink yang penting untuk kesihatan gigi dan mulut yang sihat.

Cara Menyediakan Chia Seed ke dalam Diet Harian

Penyediaannya mudah sahaja, sangat versatil. Ikut kreativiti kita lah nak makan chia seed ni macam mana pun. Janji sedap!

Amalkan organic chia seed

MV biasanya rendam dengan air panas sebelum tidur. Bila bangun pagi, portion chia seed yang mengembang bak juara tu dibahagi sama banyak. Satu masukkan dalam overnight vivix mix rolled oat dan satu lagi masukkan dalam air masak 2 liter untuk bekalan sepanjang hari.

khasiat-chia-seed

Kalau terlebih rajin, dalam cinch tea pun MV masukkan juga chia seed ni, yang penting tak lebih dari 1 sudu pengambilan sahaja setiap hari.

Chia seed ni boleh dipelbagaikan dalam menu makanan harian kita juga.

  • Puding chia seed
  • On-the-go-snack
  • Tabur atas sajian salad atau makanan kegemaran
  • Sebagai bahan tambahan dalam minuman atau smoothies
  • Masuk kan dalam resepi seperti biskut, muffin atau kek
  • Sebagai bahan tambahan di dalam masakan stew untuk memekatkannya.
  • Chia Spread
  • Boleh juga digunakan sebagai scrub badan

Terdapat banyak sebab musabab untuk kita amalkan chia seed ni dalam diet harian dan bertindak SEKARANG untuk kehidupan yang lebih sihat!

Jadi dah tiada alasan terlepas makan makanan BERKHASIAT setiap hari.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

5 thoughts on “Khasiat Chia Seed Dalam Diet Harian

Comments are closed.