Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya

By | October 20, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+3Share on Facebook3

Siapa suka makan buah anggur, sila angkat keyboard ya. Ramai kan penggemar buah anggur termasuklah MV sekeluarga. Memang banyak jenis anggur di dunia. Salah satunya ialah anggur muscadine.

Anggur Muscadine! Sebenarnya ramai yang tak tahu dan mungkin juga tak pernah dengar langsung pasal anggur ni. MV pun cuma tengok kat encik google dan paper sahaja.

Anggur ni dikatakan anggur paling istimewa. Mengapa?

Muscadine Anggur (Vitis rotundifolia) berasal dari Amerika Syarikat tenggara dan merupakan spesies anggur asli pertama yang ditanam di Amerika Utara. Ia mempunyai warna deep reddish-purple yang menarik bila sudah matang.

Anggur ni dikenali sebagai ‘supergrapes’ kerana saiznya yang boleh mencecah hingga 5cm diameter dan boleh membesar sehingga sebesar BOLA GOLF.

anggur-muscadine

Ia sangat lasak kerana tumbuh semulajadi secara meliar ditempat yang panas dan lembab, jika dibandingkan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

Anggur Muscadine adalah sangat unik! 

Pertama, perbezaan yang paling ketara adalah kulitnya yang keras dan tebal. Kulit tebalnya memberikan ketahanan semulajadi terhadap serangan penyakit, kulat, dan serangga.

Kedua, anggur ini mempunyai satu set kromosom tambahan yang mengandungi gen yang membolehkan mereka untuk menghasilkan keseimbangan fitonutrien yang unik yang hampir tidak ada dalam anggur lain.

anggur-muscadine

Ketiga, anggur muscadine mempunyai kuasa antioksidan yang lebih daripada buah-buahan lain berdasarkan pengukuran standard ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity).

anggur-muscadine

Keempat, aspek yang paling menarik ialah hanya muscadine SAHAJA yang mengandungi asid ellagic. Fitonutrien ini telah dikaji sebagai antioksidan dengan ciri-ciri anti-kanser dan anti-radang yang kuat.

Faedah dan Manfaat Kesihatan Anggur Muscadine

Anggur Muscadine adalah sumber yang kaya dengan polifenol dan nutrien lain.

Gallic acid, catechin dan epicatechin adalah fenolik utama dalam biji, manakala ellagic acid, myricetin, quercetin, kaempferol, dan trans-resveratrol adalah fenolik utama dalam kulit.

fb_img_1476926392458

Dalam kajian, resveratrol menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan pengembangan salur darah, yang boleh membenarkan darah mengalir dengan lebih mudah melalui saluran darah.

Anggur Muscadine

Ia juga telah terbukti untuk merehatkan dinding saluran darah, menjadikannya diameter lebih besar, dengan itu menurunkan tekanan darah,dan membenarkan jumlah darah yang mengalir lebih tinggi melalui semua bahagian-bahagian badan, meningkatkan peredaran oksigen dan nutrien kepada sel-sel badan.

fb_img_1476926387112

Anggur Muscadine sarat dengan serat. Kulit berserabut anggur ini adalah sumber serat tidak larut. Serat tidak larut ini menyingkirkan bahan buangan dari badan dan melegakan sembelit.

Serat larut memperlahankan penghadaman, ia membantu membuat perut kenyang lebih lama dan mengekalkan kestabilan gula dalam darah dengan memastikan badan menyerap gula dengan cepat.

fb_img_1476926395044

Menurut American Institute of Kanser Research, asid Elagik mampu untuk menyekat penghasilan sel kanser. Ia mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, anti-virus dan juda anti-bakteria.

fb_img_1476926379112

fb_img_1476926389706

Dan, terakhir kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol didalam anggur ini membantu meningkatkan gen dan jangka hayat.

fb_img_1476926381807

TAHUKAH ANDA?

Sebiji anggur muscadine boleh mencecah sehingga RM100. Jadi sangat tidak menghairankan sebotol vivix bernilai RM503.50

Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; dari kulit sehingga ke bijinya kerana keistimewaan :-

  • Anti-oksida dan fitonutrien yang tinggi dalam kulit anggur
  • Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
  • Isinya yang penuh dengan nutrien utama

Ternyata anggur ini sangat unik dan istimewa. Begitu juga kesannya terhadap kesihatan kita.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

10 thoughts on “Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya

      1. cik tom

        pergh mahalnya harga anggur tu…kalau nak sama khasiat tapi lagi jimat dan tahan lama beli vivix la jawabnya kan.. 🙂

Comments are closed.