Pada 28 Februari yang lepas, dunia hiburan tanah air kita dikejutkan dengan perkhabaran sedih apabila pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia setelah setahun menderita kanser ovari tahap 4.

Kanser ovari dikenali sebagai “Silent Killer“. Sama seperti penyakit kanser yang lain, kanser ovari juga antara salah satu penyakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda pada peringkat awal. Gejala ini hanya cenderung di peringkat akhir. Dan apabila sudah mencapai peringkat akhir, waktu itu sel kanser sudah merebak ke arah anggota badan lain dan rawatan amat terhad.

Kanser ovari ialah yang keempat paling kerap menyerang wanita di Malaysia. Ovari ialah organ yang berfungsi mengeluarkan benih dan hormon bagi wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Tanda Amaran Awal Kanser Ovari

Walaupun kanser ovari jarang berlaku, dengan kira-kira 1 dalam 72 wanita yang didiagnosis dalam hidup mereka, ia adalah yang paling dahsyat daripada semua kanser pembiakan wanita.

Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko menghidap kanser ovari termasuk:

  1. kehamilan lewat
  2. haid yang bermula awal
  3. menopause lewat
  4. Tidak mempunyai anak-anak
  5. Sejarah kanser payudara
  6. kecenderungan genetik
  7. Endometriosis, di mana tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim tumbuh di luar dan bukannya

Walaupun tidak ada cara untuk mencegah kanser ovari, terdapat beberapa faktor risiko yang anda perlu tahu untuk mengurangkan risiko kanser menyerang anda.

Image : New Cancer Conversation
  • Mereka yang pernah melahirkan anak walaupun sekali,
  • mereka yang pernah menyusu badan,
  • yang mengambil pil perancang keluarga dan
  • mereka yang melalui pembedahan Gynaekologi.

Menyedari Tanda Amaran Awal Kanser Ovari adalah Penting Bagi Pengesanan Awal.

image : Google

1. Hormon yang tidak seimbang dan Haid yang tidak teratur

Ini adalah salah satu tanda awal. Contohnya, kerengsaan serviks ini mungkin terjadi disebabkan oleh penyebaran kanser pangkal rahim. Pendarahan yang berat dan perlu sering menukar tuala wanita dengan lebih kerap dalam tempoh 2 jam.

2. Sistem penghadaman yang terganggu

Kanser ovari akan menyebabkan gangguan kepada sistem penghadaman kerana posisinya yang agak dekat. Setengah wanita akan mudah terasa loya, muntah dan sembelit.

3. Bengkak perut dan ketidakselesaan perut

Terasa seperti perut kembung dan penuh dengan gas. Kemungkinan kita terasa pakaian yang dipakai lebih rasa ketat di bahagian pinggang dan pinggul.

4. Sakit Perut

Selain sakit perut seperti kembung, sakit disekitar pelvis yang seakan-akan senggugut juga adalah tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin seperti senggugut atau lebih teruk sehingga perlu mengambil ubat tahan sakit.

5. Sakit Bahagian Belakang

Wanita yang mengalami kanser ini sering mengalami sakit di belakang mereka yang membawa hingga ke bahagian pelvis. Kesakitan cenderung meningkat dalam intensiti dengan masa, menjadikan ia sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sehari-hari.

Pertumbuhan tumor pada ovari yang mengenakan tekanan menyebabkan sakit di bahagian yang berlainan di badan, termasuk bahagian belakang yang lebih rendah.

6. Masalah makan atau rasa kenyang dengan cepat

Jika anda adalah seorang yang suka makan dan tiba-tiba kehilangan selera makan atau perut cepat penuh selepas makan dengan hanya satu gigitan, ini bukan petanda yang baik.

Ia boleh menunjukkan masalah kesihatan yang lebih besar, termasuk kanser ovari. Tambahan pula, kehilangan selera makan akan menyebabkan penurunan berat badan dan keletihan yang berterusan.

7. Kerap membuang air kecil dan tidak terkawal

Jika tiba-tiba anda mula terasa ingin membuang air kecil dengan kerap dan anda hampir tidak boleh mengawalnya, ada kemungkinan bahawa sesuatu yang tidak betul mungkin berlaku. Biasanya perubahan ini disertai dengan sakit atau pedih ngilu semasa kencing dan kerap membuang air kecil pada jangka masa yang pendek.

Gejala-gejala ini mungkin menunjukkan kelemahan otot lantai pelvis, atau juga boleh menjadi tanda-tanda jelas daripada jangkitan saluran kencing.

Perubahan kencing berkemungkinan berpunca akibat tekanan dari tumor atau dari cecair dalam abdomen yang didorong oleh kehadiran tumor.

Bagi kebanyakan wanita, perubahan ini juga boleh menjadi tanda otot lantai pelvik yang lemah atau jangkitan saluran kencing.

Jika gejala-gejala ini adalah luar biasa dan berterusan selama lebih daripada beberapa minggu, terutamanya jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser, aturkan temujanji dengan doktor seberapa segera yang boleh.

Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.

Terdapat beberapa ujian yang berbeza yang boleh dilakukan oleh doktor termasuk melalui ultrasound, tomografi (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI) dan ujian darah yang dikenali sebagai CA-125.

Dengan kesedaran awal akan tanda-tanda amaran, anda boleh membantu meningkatkan kadar survival kanser dan meningkatkan kesedaran untuk pengesanan awal.

Resveratrol Membunuh Sel Kanser Ovari

Kajian yang dijalankan menunjukkan resveratrol menghalang pertumbuhan sel kanser dalam beberapa bahagian sel kanser ovari yang biasanya dirangsang oleh insulin. Baru-baru ini resveratrol telah ditunjukkan untuk menghentikan pertumbuhan sel dan menyebabkan kematian bahagian sel karsinoma ovari dengan menggalakkan degradasi diri struktur-sel kanser proses yang dipanggil autophagocytosis.

Sumber rujukan:

(1) Resveratrol Suppresses Growth of Human Ovarian Cancer Cells in Culture and in a Murine Xenograft Model: Eukaryotic Elongation Factor 1A2 as a Potential Target. Mee-Hyun, Lee, et al., et al. [ed.] Frank J. Rauscher III. 18, Philadelphia: American Association for Cancer Research, September 15, 2009, Cancer Research, Vol. 69, pp. 7449-7458. DOI: 10.1158/0008-5472.CAN-09-1266; http://cancerres.aacrjournals.org/content/69/18/7449. ISSN: 0008-5472.

(2) Resveratrol-induced Autophagocytosis in Ovarian Cancer Cells. Opipari, A.W. Jr., et al., et al. [ed.] Frank J. Rauscher III. 2, Philadelphia: American Association for Cancer Research, January 15, 2004, Cancer Research, Vol. 64, pp. 696-703. DOI: 10.1158/0008-5472.CAN-03-2404; http://cancerres.aacrjournals.org/content/64/2/696.long. ISSN: 1940-6207.

Lindungi Sel dari Tanda Amaran Awal Kanser dengan Vivix

Tanda Amaran Awal Kanser Ovari

Vivix merupakan resveratrol yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh pihak Shaklee. Vivix membantu untuk menghentikan proses kanser dengan beberapa cara:

1. Menyekat penyerapan estrogen dan androgen (tidak kiralah sel kanser positif ataupun negatif)

2. Melindungi sel-sel sihat dan pada masa yang sama membunuh sel-sel kanser.

3. Mengaktifkan sel-sel penumpas tumor dan juga sel penyahtoksik bahan kimia → membantu untuk melawan dan menghapuskan tumor yang membesar dan juga menyingkirkan bahan kimia bahaya dari badan pesakit kanser.

4. Menyekat sel-sel kanser dari berhubung dan tersebar.

5. Menyekat kemampuan sel kanser untuk metasis ke tulang.

6. Polifenol didalam vivix turut melindungi DNA sel, menghalang radiasi yang menjadi penyebab kanser, serta melawan radikal bebas dan inflamasi.

Tanda Amaran Awal Kanser Ovari

Dengan setiap pembelian 1 set di atas ni, PERCUMA 2 Creating Healthier Lives paper bag.

Mug comel tu hanya untuk Purchase with Purchase set Energy for Life yang ada 2 botol Vivix tu. Bukan itu saja, eksklusif untuk set ni anda layak untuk dapat:

🚛PERCUMA penghantaran (rm10.60)⠀
🍃PERCUMA keahlian (rm68.90)⠀
💰BONUS tunai (rm38.00)⠀

Anda atau keluarga anda mungkin salah seorang cancer survivor. Jadi, sebarkanlah informasi ini.

Produk yang eksklusif adalah untuk pengguna yang eksklusif, termasuk anda semua yang sedang membaca entry MV ini, because you’re worth it!

Bertindak sekarang dan hubungi MV +60122050258 untuk tempahan vivix.

atau klik eSell di bawah..

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Tanda-tanda Amaran Kanser Ovari yang Wanita Tidak Tahu!

19 thoughts on “Tanda-tanda Amaran Kanser Ovari yang Wanita Tidak Tahu!

Comments are closed.