Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !

By | November 13, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook8

Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum

Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum | Adakah anda tahu bahawa beberapa vitamin bergantung kepada satu sama lain untuk penyerapan maksimum oleh badan? Pernah tak anda makan suplemen atau apa-apa vitamin tapi tidak mendatangkan hasil? Maksud MV tidak memberi kesan yang anda inginkan?

Semua benda yang kita buat, perlukan ilmu. Nak memasak perlu ada ilmu, nak bercucuk tanam perlu ada ilmu, nak shopping online pun perlu ada ilmu. Eh nak shopping perlu ada ilmu?? Eh sudah tentu la, perlulah google juga tentang peniaga tu, mana tahu peniaga tu “atas angin” je kan?

So macam tu juga bila nak makan vitamin, kena ada ilmu juga, bukan main ‘laggar’ ja makan semua serentak. 😆

Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum

Terdapat dua jenis vitamin, vitamin larut air dan vitamin larut lemak. Vitamin larut air termasuk vitamin A, D, E dan K manakala vitamin larut air merangkumi semua vitamin B dan asid askorbik.

Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum

Kalsium dan Vitamin D

Penyerapan kalsium dipertingkatkan dengan vitamin D, yang membantu mencegah osteoporosis dan mengekalkan tulang yang kuat. Kalsium adalah mineral yang membantu membina tulang dan gigi yang kuat dan membantu mengawal pengecutan otot. Banyak kajian telah mendapati bahawa kombinasi kalsium dan vitamin D sangat berkesan dalam mengurangkan insiden keretakan non-vertebra dan tulang pinggul.

Asid Folik dan Vitamin C

Asid folik adalah vitamin larut air yang merupakan sebahagian daripada vitamin B kompleks. AAsid folik membantu sel-sel darah merah untuk mewujudkan DNA, dan membantu mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida. Asid folik juga boleh membina semula sel-sel darah merah supaya kepekatan sel darah merah boleh meningkatk dan seterusnya  menaikkan tahap hemoglobin. Vitamin C adalah vitamin larut air yang membantu dalam keupayaan badan untuk menyerap asid folikmenguatkan sistem imun dan membantu dalam proses penyembuhan.

Zat Besi dan Vitamin C

Zat Besi diperlukan untuk membawa oksigen dan karbon dioksida dalam badan, dan ianya paling mudah diserap oleh badan apabila digabungkan dengan vitamin C. Vitamin C membantu menjaga gusi, jantung, kulit yang sihat serta sistem imun badan!

Zink dan Vitamin A

Vitamin A ialah nutien larut lemak yang biasanya bergabung dengan lemak dan minyak untuk meningkatkan penyerapan. Setiap sel di dalam badan memerlukan vitamin A. Nutrien ini mengawal pertumbuhan dan pembahagian sel-sel serta membantu badan untuk menghasilkan sel-sel darah putih. Zink adalah penting untuk fungsi optimum sistem imun. Vitamin A lebih cekap diserap dan digunakan oleh badan apabila bergabung dengan zink. Zink membantu meningkatkan sistem imun yang seterusnya melindungi badan daripada penyakit serta mempercepatkan penyembuhan luka. Vitamin A adalah antioksidan penting yang menyokong kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

*Credit : Livestrong, NaturalSociety, LiveLoveFruit & NationalLibraryofMedicine

Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum

Sesetengah makanan tambahan berlawanan fungsi terhadap satu sama lain – seperti kalsium dan zat besi, Kalsium menjadikan badan lebih sukar untuk menyerap zat besi, jadi suplemen ini perlu diambil secara berasingan. Vitamin B dan E perlu diambil pada awal hari kerana mereka boleh meningkatkan tenaga. Suplemen kalsium perlu diambil pada waktu malam kerana badan membina semula tulang anda semasa tidur.

So, lepas ni jangan suka-suka makan vitamin ikut ‘mix’ sendiri ya. Kalau makan vitamin dengan ada ilmu baru la hasilnya pun akan mantap.

5 thoughts on “Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !

Comments are closed.