Kesan Pengambilan Kafein Semasa Hamil

By | February 6, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+5Share on Facebook5

Kesan Pengambilan Kafein Semasa Hamil

Kesan pengambilan kafein semasa hamil | Anda semua sihat ka?. MV dah 3 hari kena infection di hidung dan bahagian leher ni. Sekarang ni musim demam dan batuk kot?. Walaupun MV cuba elakkan, terkena juga jangkitannya. Alhamdulillah syukur la kan penyakit penghapus dosa.  😉

Kesan Pengambilan Kafein Semasa Hamil

Jom MV nak teruskan ke topik utama  kita. Teringat masa mengandung sulung dulu suka benar la minuman kafein ni, sampaikan bila buat check-up kat klinik kena ‘sound’ dengan nurse sebab Hb low. Apa kaitannya dengan minuman kafein yang MV minum?. Ha, itulah yang MV nak kongsikan dengan anda semua.

Risiko Kafein ketika Mengandung

Menurut sumber Dr.Zubaidi, kafein akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke plasenta seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu, kafein boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan menjejaskan pertumbuhan sel-selnya. Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan sehari) akan meningkatkan risiko kematian bayi dalam rahim (stillbirth) sebanyak 2 kali dibandingkan dengan wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.

Kesan Pengambilan Kafein Semasa Hamil

Menurut TheStar, The UK National Health Service menyarankan 200mg kafein dalam satu hari, yang secara kasar diterjemahkan ke 237ml @ 2 cawan kopi segera tanpa tambahan makanan dan minuman dengan kafein lain.

Sebagai perbandingan, carta dibawah membantu anda melihat nilai kafein yang ada didalam makanan dan minuman seharian kita.

Kesan Pengambilan Kafein Semasa Hamil

Kebanyakan doktor akan menasihatkan supaya menghentikan pengambilan kafien di dalam diet kehamilan anda. Tetapi amat sukar untuk mengamalkan diet tanpa kafien kerana kebanyakan makanan paling tidak mengandungi sedikit kandungan kafien. Jika anda merasa sukar untuk membuang kafien di dalam diet kehamilan anda, pengambilan yang sedikit tidak akan mengganggu kesihatan bayi di dalam kandungan. Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa kafien adalah bahaya untuk bayi di dalam kandungan terutama di dalam kuantiti yang banyak. Oleh sebab itu langkah ‘precaution’ perlu untuk mengurangkan pengambilan kafien di dalam diet kehamilan anda.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order :
=======================================
CALL/SMS/WA : 0122050258 (Noriza)

6 thoughts on “Kesan Pengambilan Kafein Semasa Hamil

Comments are closed.