Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering Dalam Masa 2 Minggu

Home / Shaklee Products / Healthy Nutrition / Antioxidants / Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering Dalam Masa 2 Minggu

Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering

Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering | Hari ni MV nak berkongsi kisah suami MV. 3 minggu lepas, suami MV ni beria la nak jadi ‘chef’, kononnya nak masak daging burger. Daging burger ni tau ja la kan, bila bawa keluar dari fridge, kan keras, susah nak dipisahkan. So, nak dijadikan cerita encik suami ni guna la pisau yang tajam, tapi suami tak menjangka kot pisau tu nak ‘membelah’ tangan dia.

MV yang duduk kat ruang tamu ni terdengar la jeritan suami “Yang, tolong abang, tangan terbelah ni”???. MV yang dengar mau lari lintang pukang ke dapur. Tengok la suami tengah basuh tangan dia dengan darah keluar agak banyak juga.

MV tengok luka tu agak dalam dan memang darah non-stop. Alhamdulillah ‘first aid’ ada kat rumah. MV suruh suami pegang tangan dan MV potong 2 biji kapsul vitamin e letak kat tangan suami tu. Bila darah dah stop, MV tumbuk zinc complex untuk letak kat luka.

Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering

Kalau tengok gambar sebelah kiri, tu tangan suami selepas 4 hari tau..masa mula kena tu MV mana sempat nak snap gambar bagai???. So, setiap hari la buat ‘dressing’ untuk tangan suami tu sepanjang 2 minggu. Memang setiap hari,pagi tu letak zinc, malamnya pula letak vitamin e. Untuk kuatkan sistem imun dan juga antibodi dalam badan suami pula MV bagi makan Garlic Complex, Zinc Complex dan juga Vitamin E.

Dan alhamdulillah, dalam masa 2 minggu, proses penyembuhan luka nampak berlaku dengan cepat. Luka yang terbelah tu semakin mengecil, dan daging pun dah mula tumbuh.

Hebatkan? Alhamdulillah dengan izin dari Allah kesan luka cepat pulih dan kering  dan almost tiada kesan parut langsung kawasan luka terbelah tu. MV memang yakin dengan suplemen Shakleeni, bukan setakat untuk makan sahaja, tapi untuk luaran pun boleh juga. Bukan tak nak pergi ke klinik, MV dah contact kawan, paling best pun doktor akan buh gam untuk tutup luka dan bagi antibiotik.

Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering dengan Vitamin Shaklee

Penutupan luka, sama ada disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan atau pembedahan, adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan sel-sel darah dan imun, tisu dan sebatian yang dipanggil cytokines, dan faktor-faktor pertumbuhan.

Nutrien diperlukan untuk aktiviti metabolik yang meningkat apabila berlaku penyembuhan tubuh, dan kekurangan vitamin tertentu boleh menjejaskan masa penyembuhan luka dan hasil yang lama.

Luka kecil pada kulit biasanya boleh dirawat di rumah. Walau bagaimanapun, jika luka adalah lebih besar daripada setengah inci panjang, atau jika otot atau tulang boleh dilihat melaluinya, rawatan perubatan diperlukan.

Vitamin E & Penutupan Luka

Vitamin E adalah nutrien antioksidan yang utama dalam kulit dan dikaitkan dengan penyembuhan yang lebih baik dan mengurangkan parut pada kulit.

Vita-E Complex™ terdiri daripada d-alpha-tocopherol concentrate lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]. Pengambilan Vitamin E perlu lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sebab itu Vita-E Complex™ adalah gabungan Selenium, ekstrak biji anggur dan vitamin E yang mantap. Ia bertindak melindungi sel dan menguatkan sistem imun badan.

Zink untuk Meningkatkan Penyembuhan Luka

Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering

Zinc Complex berfungsi seperti ikan haruan dan sangat penting dalam proses pemulihan. Dari segi penyembuhan luka, ia memberi manfaat kepada badan dengan membantu untuk mengekalkan integriti struktur tisu kulit dan membran mukosa. Selain itu, ia memainkan peranan yang besar dalam fungsi imun. Sistem imun yang lebih kuat adalah penting untuk melawan unsur-unsur yang berbahaya dan, paling penting, mengelakkan berlakunya jangkitan pada luka.

Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit seperti kencing manis dan mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Sama ada bersalin secara pembedahan mahupun normal. MV sendiri mengamalkan zinc sepanjang tempoh berpantang. Luka episiotomi memang cepat kering, rambut pun kurang gugur selepas habis berpantang.

Bawang putih boleh membantu dalam penyembuhan luka dan Antibiotik Semulajadi

Bawang putih mengandungi hampir 80 sebatian sulfur. Sulfur organik terkenal dengan keupayaan melawan jangkitan dan penyembuhan. Ia juga berfungsi sebagai antioksida, anti-radang, analgesik, antiseptik, antibakteria, yang diperlukan untuk penyembuhan luka yang lebih cepat.

Garlic complex adalah pilihan yang bagus untuk sokongan sistem imun badan.

*Credit : AdvancedTissue, LiveStrong, Macedoniaonline & findhomeremedy

Tak sanggup nak melihat luka di tubuh anda? Seksa berpantang bila luka lambat sembuh?

Dapatkan Garlic Complex, Zinc Complex dan Vita-E Complex™ sekarang juga!

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee, hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

27 Comments

Comments are closed.