Keputihan atau lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil.

Keputihan juga kerap berlaku kepada wanita hamil disebabkan perubahan fisiologi yang berlaku ketika hamil, di mana keadaan hormone estrogen yang tinggi dan kelembapan meningkat pada bahagian vagina menggalakkan pembiakan candida (kulat). Apabila melahirkan anak, biasanya masalah ini hilang sendiri.

Pelepasan faraj biasa semasa kehamilan dipanggil leukorrhea dan tipis, putih, susu, dan berbau ringan. Leukorrhea adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu anda bimbang.

Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan, iaitu pengeluaran lelehan pekat, berwarna putih seperti krim, terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda, merasa sakit apabila bersama suami dan rasa sakit apabila membuang air kecil, simptom sebegini adalah disebabkan jangkitan.

Lelehan yang keluar dari faraj mungkin disebabkan lendir atau keputihan dan juga air ketuban yang pecah.

PUNCA Keputihan semasa Hamil

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada di dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun, ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.

Ibu hamil juga mudah mengalami masalah ini jika mommies memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Ramai Ibu Tidak Tahu. 4 Risiko Besar Boleh Berlaku Kepada Bayi

1. Sawan

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.

2. Gangguan pernafasan kepada bayi

Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.

3. Kelahiran pra-matang

Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.

4. Jangkitan mata

Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.

TIPS mencegah Jangkitan Faraj

  • Pakai seluar dalam daripada material kapas yang longgar.
  • Jangan mencuci faraj menggunakan sabun. Ia akan membunuh bakteria baik yang melindungi faraj anda.
  • Sentiasa pastikan faraj bersih dan kering. Lapkan punggung dari hadapan ke belakang selepas masuk tandas.
  • Elakkan penggunaan pantiliner yang kerap. Gunalah jika perlu sahaja.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula sebab ketika hamil faraj mengandungi gula yang tinggi disebuk glikogen, inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Basuh faraj dengan bersih sebelum dan selepas berjimak.
  • Amalkan suplemen anti-fungus dan penggalak sistem imun untuk melawan jangkitan kuman.

Menghilangkan keputihan semasa mengandung

Bawang putih dapat membantu hilangkan keputihan semasa mengandung kerana bawang putih mampu mencacatkan aktiviti dan membunuh bakteria, kulat dan virus.

Allisin berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah terhadap kesihatan. Allisin tidak terdapat dalam bawang putih biasa tetapi dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.

Walaubagaimanapun, pengkaji telah menemui bawang putih akan kehilangan keberkesanannya pada suhu 100°C..

Garlic Complex bertindak sebagai anti bakteria dan anti-kulat yang dapat menghilangkan keputihan semasa mengandung. Selain itu, ia juga membantu mengawal tekanan darah, menstabilkan glukos dalam darah dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh ibu mengandung.

Testimoni pengguna yang mengambil Garlic Complex

Jika anda ada masalah keputihan semasa hamil, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

Kalau nak cuba Garlic Complex Shaklee, boleh contact MV terus 😊

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Keputihan semasa Hamil, Normal atau Bahaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.