Kepentingan Asid Folik Menurunkan Risiko Strok

By | August 14, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook0

Kepentingan Asid Folik

Kepentingan Asid Folik | Asid folik ni selalu dikaitkan dengan kesuburan dan kehamilan. Banyak kajian yang dibuat mendapati asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran termasuk kecacatan tiub neural. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa asid folik juga mempunyai manfaat lain termasuk sokongan kepada kesihatan jantung dan kesihatan otak kita.

kepentingan asid folik

Apa itu strok?

Strok adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.

Strok adalah antara penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Statistik hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit strok dan kematian akibatnya. Anda boleh merujuk kajian yang diterbitkan didalam Malaysian Journal of Pulic Health Medicin 2007, Vol. 7(2):53-58.

Apakah jenis-jenis strok?

Terdapat 2 jenis utama strok:

kepentingan asid folik

  • Ischemic stroke – Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  • Hemorrhagic stroke – Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah

Kepentingan Asid folik Turunkan Risiko Strok

Penyelidikan yang diterbitkan pada tahun 2007 juga mendapati bahawa suplemen asid folik dengan ketara mengurangkan risiko strok sebanyak 18%. Dr. Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Hospital Lenox Hill di New York City, memberitahu Medicine Net.

“Jika semua yang diperlukan untuk mencegah ancaman kesihatan terbesar di seluruh dunia adalah vitamin, maka kita perlu mengambil kira pemeriksaan tahap asid folik darah pesakit dan menambahkan asid folik jika diperlukan.”

Kajian terbaru yang diterbitkan oleh Journal of the American Medical Association menunjukkan asdi folik membantu mengurangkan risiko strok kepada mereka yang mengidap darah tinggi juga mengambil ubat enalarpil.

Bagaimana untuk Meningkatkan Tahap Folat Anda Secara Semulajadi?

Cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap folat ialah melalui diet harian.

Tanpa ragu pemakanan yang bijak dan sayur-sayuran, adalah bentuk terbaik folat. Asparagus, bayam, lobak hijau dan brokoli adalah semua sumber yang baik, begitu juga dengan kacang, termasuk kacang merah dan kacang garbanzo.

Selain mengurangkan risiko strok, folat juga membantu mengekalkan tahap homocysteine. Sekiranya bacaan homocysteine tinggi, ia ​​boleh menyebabkan darah beku dalam arteri seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Kebanyakan Strok boleh dicegah dengan gaya hidup yang lebih sihat.

Pendek kata, gaya hidup anda mempunyai kesan langsung kepada risiko strok anda, dan juga perubahan kecil boleh membuat perbezaan.

Sekiranya sukar mendapatkan sumber folat dari pemakanan, MV sarankan anda mengamalkan suplemen Vita-Lea® with Iron Formula dan B-Complex with Folic Acid. Kedua-duanya mengandungi 200mcg folate yang diperlukan.

kepentingan asid folik

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

7 thoughts on “Kepentingan Asid Folik Menurunkan Risiko Strok

Comments are closed.