Minyak ikan memang tidak asing lagi buat MV dan keluarga. Dah menjadi sajian kami setiap hari sebiji minyak ikan.

Kalau dulu bermacam macam minyak ikan yang dah cuba, tapi akhirnya MV sekeluarga memilih minyak ikan keluaran shaklee, iaitu omegaguard fish oil.

BAGAIMANA Cara Pilih Suplemen Minyak Ikan Berkualiti Tinggi?

Kita tidak selalu boleh makan jumlah ikan segar dan berminyak, seperti ikan salmon, makarel dan sardin. Suplemen minyak ikan menyediakan alternatif yang hebat.

Kita semua tahu kita perlu mengambil suplemen minyak ikan, tapi bagaimana kita tahu yang mana minyak ikan terbaik untuk kita? Terdapat begitu banyak jenama dan variasi yang sama dalam pasaran; tidak semua suplemen minyak ikan adalah sama.

Anda mempunyai begitu banyak pilihan untuk suplemen minyak ikan. Bagaimana anda memilih suplemen yang paling sesuai untuk anda?

Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan kita memilih suplemen minyak ikan yang tepat untuk anda secara khusus: Ia mesti lah ada ciri-ciri di bawah:-

1. SYARIKAT YANG BERKUALITI

Percayalah, tak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh kita percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

2. KETULENAN DAN KESELAMATAN

Penyulingan Molekul iaitu proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak.

Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

3. KELANGSUNGAN (SUSTAINABILITY)

Ikan adalah penting dalam pemakanan kita.

Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan.

Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

4. IKAN KECIL ATAU IKAN BESAR?

Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil.

Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin.

Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Pencemar alam sekitar kadang-kadang boleh didapati dalam tisu berlemak ikan besar seperti ikan kod, salmon dan tuna. Minyak yang diperoleh daripada ikan besar ini mungkin mengandungi kepekatan tinggi pencemar seperti logam berat, PCB, dioksin dan furans.

Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.

Jadi kita dah fahamkan bagaimana nak pilih MINYAK IKAN yang berkualiti?

Omega Guard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa

6 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH OMEGAGUARD SHAKLEE!!

Pernah tak kita jumpa minyak ikan yang 99% tulen?? Mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan kita dan boleh diamalkan oleh seisi keluarga. Omega Guard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa. Ia merupakan softgel minyak ikan terbaik di dunia yang dihasilkan melalui proses yang dikawal rapi.

  1. Minyak ikan yang bergred farmaseutikal dan ultratulen. Bermaksud pihak syarikat tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan bagi mengawal paten, ujian, keselamatan, keberkesanan dan pemasaran suplemen yang dikeluarkan.
  2. Melalui proses penyulingan propietari 3 molekular bagi menyingkirkan bahan-bahan tercemar dan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Ia juga mengandungi minyak omega 3 yang lebih pekat dan tulen.
  3. Mengandungi lebih DHA dan EPA berbanding jenama lain. Apa fungsi DHA dan EPA untuk badan kita??? Penting sangat ke?? Kita bincang dalam sub topik seterusnya ye. Teruskan membaca.
  4. Mempunyai 7 spektrum penuh asid lemak omega tulen di dalam pengambilan seharian Omega guard seperti DHA, EPA, ALA dan lain-lain. “Spektrum penuh” menunjukkan bahawa minyak ikan yang dihasilkan masih mengekalkan nutrisi semulajadinya.
  5. Kurang berbau dan rasa hanyir ikan. Omega guard berbau hanyir apabila dikunyah begitu sahaja. Kebiasaan anak-anak suka kunyah Omega Guard ni macam makan nasi aje. Mungkin sebab rasanya kurang hanyir dan bau hanyir ikannya tidak keterlaluan. Jadi, anak-anak suka mengunyahnya walaupun ia sangat mudah untuk ditelan.
  6. Mempunyai kelulusan daripada Friends of the Sea untuk menangkap ikan di laut. Friends of the Sea merupakan sebuah badan NGO yang menjaga pemuliharaan habitat laut. Ia merupakan projek pensijilan antarabangsa dan terkemuka bagi produk yang berasaskan perikanan dan akuakultur.

Jadi, apakah pilihan suplemen minyak ikan anda?

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Kenapa Perlu Pilih Minyak Ikan Shaklee Berbanding Minyak Ikan Lain di Pasaran?

One thought on “Kenapa Perlu Pilih Minyak Ikan Shaklee Berbanding Minyak Ikan Lain di Pasaran?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.