14
- December
2017
Posted By : noriza rahman
Kenapa Perlu dipasang Branula? ‘Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya’.

Apakah itu branula?

Branula atau dikenal sebagai cannula adalah jarum yang biasa digunakan oleh doktor dan nurse yang dicucuk ke dalam urat pembuluh darah untuk memudahkan proses memasukkan ubat ke pesakit setelah selesai dipasang.

Kebanyakan pesakit akan dipakaikan branula ini untuk kes-kes tertentu.

Branula ada 7 jenis saiz dan warna:

  1. Merah: 14 Gauge
  2. Kelabu: 16 Gauge
  3. Hijau: 18 Gauge
  4. Pink: 20 Gauge
  5. Biru: 22 Gauge
  6. Kuning: 24 Gauge
  7. Ungu: 26 Gauge

Semakin kecil ukuran branula, semakin besar jarumnya. Yang ukuran kecil itu saat nak masukkan branula memang tak rasa sakit. Tapi bila masukkan ubat, akan terasa sakit yang amat sebab tekanannya kuat. Yang ukuran besar pula, sebaliknya.

Faham tak? Yang mengerti, paham. Kalau tak faham, baca kembali. Hahaha!

Kenapa nak kena insert branula pada ibu bersalin?

Berdasarkan pengalaman sendiri, masa MV bersalin dipakaikan branula warna hijau.

Setiap kali nak bersalin memang kena pasang branula ni. Sakit masa cucuk jarum tu boleh tahan lagi lah. Tapi sakit masa dimasukkan ubat tu memang boleh buat pesakit jadi demam!. Ada sekali doktor HO tak pandai cucuk, jadi bengkak abis tangan MV. So, kena cabut dan pasang tepmpat lain pulak. Dah kali sakit. Berhuhu lah.

Kalau tak pasang branula ni tak boleh ka? Tak selesa dann rimas sangat.

Pastu kena sambung wayar IV drip pada brabula pula. Nak ke toilet pun terpaksa panggil nurse tutupkan dulu. Kalau tak kena angkut sekali IV drip tu.

Branula ni dipasangkan pada ibu bersalin untuk mudahkan kerja doktor dan nurse. YA! untuk selamatkan nyawa kita juga. Mana tahu ada komplikasi selepas bersalin.

Ada ibu-ibu yang tiada masalah dari awal mengandung sampai lah baby lahir secara normal. Tapi selepas beberapa saat ‘anything can happened’ dalam sekelip mata.

Ada uri tak keluar habis. Rahim gagal mengecut. Berlaku tumpah darah yang banyak. Kena sawan lah. Macam-macam.

“Kalau sakit bersalin orang cakap putus segala urat tu pun ibu boleh tahan, apalah sangat sakit pasang branula ni kan”

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Comments are closed.