Kenapa Air Kencing BERBUIH? Normal atau Tanda Penyakit?

By | September 9, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook7

Kenapa Air Kencing BERBUIH | Pernah tak korang perasan ada buih dalam air kencing setiap kali ke tandas? Keadaan ni normal ke atau petanda sesuatu penyakit?

Air kencing ni dianggap sebagai salah satu petunjuk kesihatan seseorang. Sebarang perubahan dalam ciri-ciri yang biasa boleh memberi isyarat sesuatu yang luar biasa dalam sistem badan kita. Dan salah satu perubahan luar biasa adalah pembentukan buih dalam air kencing.

Adakah NORMAL keadaannya bila air kencing berbuih?

Air kencing berbuih ini mungkin boleh terjadi hasil daripada beberapa perkara. Kemungkinan ianya berlaku selepas kita membersihkan tandas menggunakan bahan pencuci. Dan, air kencing kita tu bercampur dengan baham kimia pencuci tersebut. Namun, jika perkara ni masih berterusan kita perlu berjumpa pakar untuk menjalani ujian air kencing bagi menilai masalah kesihatan.

Kebanyakan kes air kencing berbuih adalah normal tanpa sebab yang serius.

KENAPA air kencing berbuih, adakah ianya normal atau abnormal?

Buih dalam air kencing yang NORMAL berlaku dalam keadaan seperti berikut:

(1) Dehidrasi

Keadaan badan kita yang dehidrasi akan menyebabkan air kencing untuk kelihatan lebih gelap dan lebih pekat. Ini sering menyebabkan berbuih yang terdapat air kencing.

(2) Kehamilan

Sesetengah wanita hamil mengalami pembesaran saiz saluran darah. Sebab itu, ada protein yang terlepas masuk ke dalam saluran air kencing. Namun begitu, kandungan protein didalam air kencing wanita hamil sangat minima.

Jika terdapat kandungan protein yang berlebihan, kemungkinan wanita hamil mengalami masalah komplikasi kehamilan. Protein didalam air kencing boleh menyebabkan air kencing berbuih.

(3) Mengamalkan/Mengambil makanan tinggi protein

Jika seseorang mengamalkan pengambilan protein atau suplemen yang tinggi protein untuk tujuan menaikkan berat badan atau pembesaran otot.

Keadaan ini menyebabkan protein berlebihan yang dikumuhkan dalam air kencing dan boleh menyebabkan air kencing berbuih. Sejumlah besar protein dalam air kencing yang tidak normal ini dipanggil proteinuria.

Keadaan ABNORMAL air kencing berbuih pula berlaku apabila:

(1) Jangkitan Saluran Kencing

Sekiranya bakteria memasuki pundi kencing dan berlaku jangkitan saluran kencing (UTI) , maka air kencing akan berbuih. Ini kerana, kuman yang berada didalam saluran air kencing melepaskan gas yang menyebabkan kencing berbuih.

Manakala tanda air kencing kotor pula ialah air kencing berbuih semasa membuang air kecil seiring dengan rasa ngilu dan pedih melampau. Pemeriksaan air kencing perlu dijalankan untuk mengetahui samada jangkitan kuman atau masalah buah pinggang.

kenapa air kencing berbuih

 (2)  Pengambilan protein secara berlebihan

Ini boleh berlaku selepas senaman yang extreme, pengambilan makanan yang berlebihan atau makanan tambahan protein dan penyakit yang merosakkan buah pinggang seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

(3) Masalah buah pinggang

Buah pinggang menyediakan penapisan penting dalam darah dan menghasilkan air kencing sebagai hasil daripada proses itu. Apa-apa penyakit atau keadaan yang memberi kesan kepada buah pinggang boleh menyebabkan air kencing berbuih.

Kenapa Air Kencing  Berbuih dikaitkan dengan Masalah Penapis Buah Pinggang?

Protein dalam darah biasanya tidak keluar dalam air kencing kerana mereka dikawal selia oleh glomeruli buah pinggang. Walau bagaimanapun, jika glomeruli (penapis) buah pinggang ini bocor maka ia boleh menyebabkan protein ditapis keluar ke dalam air kencing. Air kencing berbuih adalah ciri-ciri yang mempunyai jumlah protein yang berlebihan dalam air kencing.

Kebocoran protein dari 5 gram kepada 0.15 gram dalam masa SEBULAN!

Ini adalah perkongsian Puan Niza Soffe yang menghidap penyakit IgA Nephropathy (Berger’s disease), iaitu keradangan buah pinggang. Beliau mengalami bengkak kaki dan muka serta kebocoran protein sebanyak 5 gram ke dalam air kencing.

kenapa air kencing berbuih

Selepas konsisten dengan vivix yang diamalkannya sebanyak 2 kali sehari, bacaan protein yang keluar melalui air kencing hanya 0.15 gram sahaja berbanding sebelumnya 5 gram. Doktor pun terkejut selepas pemeriksaan urine test dan blood test yang dibuat.

Treatment cyclo yang dicadangkan oleh doktor sebanyak 8 kali juga terpaksa DIBERHENTIKAN selepas 3 kali rawatan atas sebab result yang memberangsangkan.

kenapa air kencing berbuih

Alhamdulillah setakat ini sudah banyak tindak balas positif yang kami terima selepas pengguna mengamalkan vivix dengan konsisten. Asbabnya mereka makin sihat namun yang menyembuhkannya tetap yang DIATAS.

JANGAN percaya tapi CUBA dulu sekiranya korang pun ada masalah yang sama seperti pengguna kami. Gerentiii berbaloi-baloiii, insyaAllah.

esell-shaklee-logo-500x351

14 thoughts on “Kenapa Air Kencing BERBUIH? Normal atau Tanda Penyakit?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.