Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami?

By | January 18, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook12

Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami

Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami | Apabila berbicara soal kesuburan, seringkali wanita yang diperSALAHkan. Istilah kemandulan dahulunya dilabelkan kepada isteri apabila tidak hamil selepas berkahwin, malah dijadikan alasan untuk berpisah atau mencari pengganti teman hidup.

 Namun, menarik apabila menyedari masalah sebenar kesuburan adalah berpunca dari kedua-dua lelaki dan perempuan dalam peratusan yang hampir sama.

Apabila diselidiki punca masalah kesuburan, berikut adalah pecahan penyebab :

  1. 30% kes berpunca daripada pihak lelaki
  2. 30% kes berpunca daripada pihak wanita
  3. 30% berpunca daripada kedua-dua pihak
  4. 10% kes tidak dapat dikesan punca pada kedua-dua pihak

Membincangkan persoalan kemandulan lelaki lebih sukar daripada membincangkan kemandulan wanita. Ramai yang menyangka jika lelaki berupaya mengalami ketegangan zakar, pancutan air mani, maka kelelakiannya terbukti. Namun, tidak semestinya begitu. Anda perlu ketahui kesihatan organ reproduksi lelaki.

Jenis-jenis dan punca masalah kesuburan lelaki adalah seperti :

  • kurang bilangan sperma (oligozoospermia)
  • pergerakan sperma lemah (asthenozoospermia)
  • bentuk sperma tidak normal (teratozoospremia)
  • ketiadaan sperma (azoospermia)
  • masalah berkaitan zakar yang tidak dapat bertahan ketegangan (impotens)
  • ketidakupayaan ejakulasi (impotens)

Apabila pasangan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesuburan, lazimnya pihak lelaki akan diminta menjalani ujian air mani. Air mani bukan sahaja diperiksa dari segi zahirnya (warna, pencairan, isipadu dll) tetapi juga diperiksa di bawah mikroskop untuk menentukan bilangan sperma.

Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami

Diagnosis dan Ujian

Analisis air mani menilai ciri-ciri tertentu air mani lelaki dan sperma yang terkandung di dalamnya. Ciri-ciri yang diukur dengan analisis air mani hanya beberapa faktor kualiti air mani. Dianggarkan kira-kira 30% lelaki dengan analisis air mani normal sebenarnya mempunyai fungsi sperma tidak normal.

Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami

Empat perkara utama yang diberikan perhatian semasa analisis air mani ialah :

  1. isipadu air mani
  2. bilangan sperma di dalam air mani
  3. peratusan sperma mengikut kelas pergerakan
  4. peratusan sperma berbentuk normal

Tips untuk Meningkatkan Bilangan Sperma dan Kesuburan Lelaki

Salah satu perkara yang paling penting yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma ialah dengan mengekalkan diet yang sihat. Pastikan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta bijirin penuh dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik seperti tembakau, kopi, alkohol, dan bahan tambahan tiruan lain yang diletakkan di dalam banyak jenis makanan.

Terdapat juga beberapa suplemen yang boleh diambil untuk membantu meningkatkan jumlah sperma lelaki. Tiga yang paling popular yang telah dikenali untuk meningkatkan kesuburan lelaki adalah vitamin C, E dan zink. Ini membantu mengelakkan sperma untuk melekat bersama-sama dan meningkatkan jumlah pergerakan sperma. Ia juga boleh meningkatkan tahap testosteron dan meningkatkan jumlah sperma dan motilitas sperma.

“Zinc untuk penghasilan sperma sihat”

Ikhtiar untuk Subur dan Hamil dengan Suplemen Shaklee

Anda sudah lama berikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun belum berjaya hamil? Apakat anda mencuba dengan suplemen Shaklee pula. Mungkin dengan asbab musababnya Allah mengurniakan zuriat yang anda nanti-nantikan selama ini.

Ramai pengguna yang dah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Pengguna-pengguna di bawah adalah antara yang telah berusaha dan Alhamdulillah berjaya hamil dengan izinNya juga.

Testimoni #1

Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami

Testimoni #2

Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami

Kalau anda perasan, setiap pelanggan di atas tidak mengambil suplemen yang sama untuk kesuburan. Sebenarnya ia bergantung kepada masalah sebenar kesukaran untuk hamil individu tersebut. MV akan cuba sesuaikan suplemen dengan masalah individu tersebut. Namun ada baiknya juga sekiranya dapat mengambil set penuh kesuburan kerana ada kemungkinan perkara-perkara lain yang menjadi punca tanpa kita mengetahuinya.

Anda ada kekangan bajet? Jangan risau MV akan bantu ada dengan set bajet kesuburan.

Jangan lupa terus berdoa.

Yes, I Want To Order Right Now!

It’s Easy To Order…

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

39 thoughts on “Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami?

  1. mselim3

    Assalammualaikum…

    betul .. kemandulan bukan semata-mata disebabkan oleh wanita atau isteri sahaja.. pihak lelaki atau suami perlu gak jalani ujian kesuburan agar dapat mengetahui masalah kesuburan berpunca daripada siapa…

    mselim3

    pls: produk shaklee ada penyelesaiannya.. kena cuba dulu…
    mselim3 recently posted…Tamar MadinahMy Profile

    Reply
  2. arnie

    Sangat tidak adil untuk blame 1 pihak sahaja.. Lebih baikkan kalau dua2 pihak berjumpa dengan yang pakar, dapatkan rawatan kesuburan, serta cukupkan nutrisi badan yang sepatutnya mengikut cadangan pakar… Semoga boleh tingkatkan kesuburan badan, and let Allah do the rest… Doa, doa, doa…
    arnie recently posted…10 Kebaikan dan Khasiat Zinc ComplexMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.