Bagi pesakit yang mengalami kegagalan renal peringkat akhir (ESRF), rawatan terapi buah pinggang akan disyorkan sebagai rawatan utama.

Selain rawatan hemodialisis, satu lagi kaedah untuk rawatan buah pinggang ini ialah Dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD) dan arwah mama MV juga salah seorang pesakit yang menggunakan kaedah CAPD ini.

Walaupun kaedah ini tidak menjamin untuk menyembuhkan sepenuhnya buah pinggang yang telah rosak, tetapi sekurang-kurangnya ia telah memberikan semangat baru kepada pesakit buah pinggang untuk meneruskan hidup.

“Waspada dengan 10 Tabiat Biasa Yang Merosakkan Buah Pinggang”

Alternatif Rawatan CAPD Berbanding Hemodialisis

Sebelum memahami kebaikan dan keberkesanan rawatan dialisis peritoneum (PD), bayangkan senario ini. Seorang lelaki menghantar isterinya menjalani rawatan hemodialisis (HD) di sebuah klinik.

Kedua-duanya mungkin terpaksa mengambil cuti untuk berbuat demikian, dan ini sedikit sebanyak mengganggu komitmen bekerja dengan syarikat dan majikan.

Jika tidak mempunyai apa-apa sokongan kewangan, kekerapan sesi rawatan, belanja untuk penghantaran dan kos HD itu sendiri secara terkumpul akan meninggalkan kesan terhadap sosioekonomi keluarga untuk jangka masa panjang.

Untuk mengikuti jadual sesi rawatan HD yang tetap juga suatu kesukaran bagi sesetengah pesakit yang tidak punya kenderaan untuk menjalani rawatan.

Semua ini bukan bertujuan untuk menganggap pesakit buah pinggang itu menjadi beban, tetapi hendak menerangkan betapa orang yang mengasihinya juga perlu berkorban jadual tugas, waktu dan tenaga selain wang ringgit.

“10 Tanda Kemungkinan Ada Penyakit Buah Pinggang”

Apa yang anda perlu tahu tentang dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD)?

Dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD) melibatkan empat kali pertukaran bahan cecair yang masing-masing hanya mengambil masa selama 20 hingga 30 minit.

Rawatan CAPD ini boleh dilakukan sendiri di rumah dan satu kaedah yang berkesan bagi pesakit ESRF memandangkan ia menyenangkan urusan seharian pesakit.

dialisis-peritoneal

Bagaimana Penukaran Beg Cecair dilakukan semasa rawatan CAPD?

Pertukaran beg cecair CAPD perlu dilakukan di dalam bilik yang terang. Tiada binatang peliharaan, bulu, angin kuat, atau kipas di dalam bilik. Mereka boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Pesakit kaedah CAPD menggunakan solution Baxter semasa melakukan dialisis.

Pertukaran beg cecair penapis 3-5 kali sehari perlu dilakukan dengan teliti, cermat dan kebersihan perlulah dijaga. Oleh itu, peranan pesakit dan ahli keluarga untuk memastikan rawatan dapat dilakukan dengan sempurna dan selamat amat diharapkan.

Continuous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD) dilakukan untuk mengeluarkan bahan buangan, bahan kimia, dan cecair tambahan daripada badan. Semasa CAPD, cecair dialisat (2 liter) dimasukkan ke dalam abdomen melalui kateter (tiub nipis). Dialisat akan menarik sisa, bahan kimia, dan cecair berlebihan dari darah melalui peritoneum.

CAPD mengaplikasikan membran peritoneum tubuh sebagai alat penapis. Peritoneum ialah lapisan nipis di bahagian dalam perut. Peritoneum berfungsi seperti penapis apabila sisa ditarik melaluinya. Proses mengisi dan mengosongkan perut dengan dialisat dipanggil bursa.

Bagi memasuki kaviti peritoneum, kateter diselitkan melalui dindingnya dengan cara pembedahan.

Larutan dialisis kemudian diisi ke dalam kaviti peritoneum. Proses osmosis dan resapan membolehkan toksin dan bendalir berlebihan ditapis ke dalam larutan melalui membran.

Selepas beberapa jam, larutan yang digunakan dialir keluar daripada kaviti sebelum larutan baru diisi semula ke dalam abdomen.

“Mama Lebih Bebas Jalani Aktiviti Harian dengan Rawatan Dialisis CAPD”

Kelebihan dan kelemahan dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD)

Kelebihan

  • ia memberikan pesakit lebih banyak kebebasan daripada hemodialisis. Ia boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana tempat yang bersih.
  • lebih masa untuk terlibat dalam aktiviti sukan dan riadah
  • rawatan yang ringkas, mudah dan senang dilakukan sebagai terapi di rumah dan boleh dilakukan oleh pesakit sendiri.
  • rawatan ini tidak memerlukan banyak sekatan makanan dan cecair seperti hemodialisis
  • ia juga tidak memerlukan jarum.
  • senang untuk melancong ke luar negara
  • boleh menjalani sesi dialisis sendiri secara bebas

Kelemahan

  • prosedur rawatan CAPD mungkin agak susah bagi sesetengah pesakit, jika mereka melakukan kesilapan ia mungkin merbahaya.
  • ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman pada selaput perut (line belly), penyakit yang dipanggil peritonitis.
  • boleh meningkatkan kadar lemak dan mengakibatkan kegemukan (obesiti) kepada pesakit
  • boleh menyebabkan hernia dan sakit pinggang
  • tidak sesuai digunakan untuk pesakit tua yang menghidapi penyakit diabetis mellitus

Ingin MV tegaskan disini, perkongsian ini berdasarkan pengalaman arwah mama yang menjalani dialisis secara CAPD dan juga hemodialisis serta sedikit pengetahuan MV yang diperolehi dari maklumat yang dibaca di laman web berkenaan kesihatan buah pinggang.

Semoga ia boleh membantu anda yang mencari maklumat tentang dialisis.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Kelebihan dan Keburukan Memilih Rawatan Dialisis Secara CAPD

5 thoughts on “Kelebihan dan Keburukan Memilih Rawatan Dialisis Secara CAPD

Comments are closed.