Kecacatan Spina Bifida

Kecacatan Spina Bifida | MV terdetik untuk menulis tentang tajuk ini apabila membaca satu artikel tentang bahaya kekurangan asid folik ketika hamil. Selalu dikaitkan dengan neural tube defects iaitu kecacatan spina bifidaanencephaly dan encephalocele.

Kecacatan Spina Bifida

Bagi ibu hamil, MV pasti ianya bukan sesuatu yang asing kan? Spina bifida bermaksud “sumbing tulang belakang”. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak diantara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. Ianya berlaku dibahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas.

Jenis‐jenis Kecacatan Spina Bifida

Kecacatan Spina Bifida

a) Spina Bifida Occulta
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.

b) Meningocele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.

c) Myelomeningocele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

Apa yang menyebabkan kecacatan Spina Bifida?

Ada yang mengaitkan kecacatan Spina Bifida disebabkan oleh faktor genetik dan juga persekitaran.

Jika seseorang itu mempunyai saudara terdekat (ibubapa, adik-beradik), mereka juga ada risiko 5 hingga 10 kali ganda berkemungkinan akan mempunyai bayi yang dilahirkan dengan spina bifida.

Kecacatan spina bifida juga berkait rapat dengan pengambilan folat (asid folik) oleh wanita sebelum dan semasa mengandung. Oleh sebab itu, wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil makanan dan suplemen asid folik.

Kecacatan Spina Bifida

Awas! Bahaya Kekurangan Asid Folik Ketika Hamil.

Kajian telah menunjukkan bahawa jika semua wanita yang mengambil multivitamin dengan asid folik setiap hari sebulan sebelum hamil dan tiga bulan pertama kehamilan, berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf dan kecacatan spina bifida sehingga 72 peratus.

Credit : The Sydney Children’s Hospitals Network

Kecacatan Spina Bifida

Bila Perlu Ambil Asid Folik?

Sebaiknya asid folik diambil seawal 3 bulan sebelum hamil. Jadi sekiranya anda merancang untuk hamil ambillah asid folik dalam diet harian bagi mengelakkan kecacatan spina bifida ini. Pengambilan asid folik harus diteruskan sehingga habis trimester pertama. Namun, jika anda ingin teruskan sehingga di akhir kehamilan pun tidak menjadi masalah kerana asid folik sangat bagus dalam menambah kepekatan darah dan mengelakkan anemia sewaktu hamil.

Kecacatan Spina Bifida

Nak tahu asid folik pilihan MV? Pastinya MV memilih Vita-Lea® Iron Formula dan B-Complex Shaklee kerana ianya lengkap dengan 8 komponen penting Vitamin B, termasuk 100% biotin dan sudah semestinya folic acid! B-complex ini juga mempunyai kadar penyerapan bioaktif means ianya lebih mudah diserap oleh badan.

Oleh itu, merancang kehamilan sangat penting dan melengkapkan diri dengan bekalan asid folik amat perlu. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

So bakal ibu, jangan lupa pengambilan asid folik harian anda. Better safe than sorry!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Kekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida

6 thoughts on “Kekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida

Comments are closed.