1001 Kebaikan Sebiji Lemon , Penyembuh Semulajadi

By | April 6, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on Facebook0

Kebaikan Sebiji Lemon | Buah Lemon? Masam, pahit dan wangi, itulah buah lemon. Tapi masyarakat kita terutamanya orang Melayu jarang menggunakan buah lemon dalam masakan atau minuman harian kan?

Kita lebih kerap guna limau purut, limau nipis, limau kasturi dan asam jawa sebagai penambah perisa ke dalam masakan kita. Kenapa ya? mungkin sebab harganya yang boleh mencecah rm3.50 sebiji tu, jadi ramai orang tak MAMPU nak membeli.

Tapi tahu tak khasiat sebiji lemon ini mampu membantu menyembuhkan pelbagai penyakit?

Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Banyak juga orang menggunakan lemon sebagai rawatan kecantikan.

Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.

Jom kita korek apakah rahsia kebaikan sebiji Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Sebiji Lemon

Sebiji lemon ini mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, sumber vitamin B, vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Selain kaya dengan vitamin dan mineral, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya adalah pati minyak limonene, alpha terpinene, alpha pinene, beta penene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari darah.

Tanpa kita sedar, jus daripada sebiji buah lemon sahaja mampu menyumbang sebanyak 33 peratus daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia.

Pada masa yang sama, lemon juga dapat merangsang selera, selain melawaskan penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.

Lemon juga merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan di selaput nipis di dalam perut yang akhirnya membantu meningkatkan penyerapan zat besi dan kalsium melalui makanan dan suplemen yang diambil.

Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi

Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman.

Kalau nak buat jus lemon, perah dulu jus lemon tu sampai habis. Kulitnya bubuh dalam bekas lain dan tuang air panas ke dalamnya. Sebab apa? Sebab kita nak dapatkan manfaat lycopene dan bukan sekadar vitamin C sahaja.

Bila dah suam baru campurkan ke dalam jus yang diperah tadi. Masa ni kalau nak tambah ais ke air tak kisah dah. Sama juga caranya kalau nak buat minuman ‘iced lemon tea’.

Yang penting jangan campurkan jus yang kita dah perah terus dengan air panas, dikhuatiri hilang vitamin C pula.

Khasiat Sebiji Lemon

Ini MV minum jus lemon suam setiap pagi sebelum sarapan

Kebaikan Sebiji Lemon

So, kita dapat dua kebaikan iaitu lycopene dan vitamin C

Khasiat Sebiji Lemon

Dalam seminggu 2-3 kali MV amalkan detoks dengan campuran lemon+timun+pudina+halia

Mudah sahaja nak sediakan infused water lemon ni. Hanya tambah 3-5 keping timun, separuh limau, dan beberapa tangkai daun pudina untuk 250 ml air ais sejuk. MV tambahkan 1 inci hirisan halia muda untuk rasa ‘pedas’ dalam minuman ni.

Selain menyihatkan badan, jus lemon dan air detoks ni sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan.

Ha, mesti ramai yang nak KURUS kan? So, apa lagi, jom pi beli lemon buat stok di rumah dan jadikan lemon perisa makanan dan minuman kita setiap hari 🙂

16 thoughts on “1001 Kebaikan Sebiji Lemon , Penyembuh Semulajadi

  1. aimannajmy

    Rasanya macam ada resepi khas… perap lemon+halia+madu+(alamak tak ingat) letak dalam peti ais.. bila mana selsema menjengah haa amik air perapan tu campur air suam minomm huhu..betulkan kalau salah.. tapi saya selalu amal halia+madu.. setakat ni ok.. jarang sangat selsema
    aimannajmy recently posted…Bagaimana cara membuat emailMy Profile

  2. mejuez

    Sekarang ni pun saya amalkan minum air detox. Untuk cuci perut, dan segala benda.

    Bagus juga air detox dengan pelbagai campuran. Baik untuk kesihatan dan juga raut wajah. Wajah akan lebih ceria dan tidak kusam kerana adanya vitamin C pada lemon.

    Skrg ni dah 2 bulan amalkan minuman detox. Dah jadi macam minuman wajib skrg ni

  3. akubiomed

    Ramai rakan sepejabat bawa bekal air hirisan lemon. Pernah cuba tak buah lemon dibiarkan natural kecut untuk melihat ada kesan pengunaan bahan kimia supaya buah tidak rosak?

    Kawan saya pernah cuba biar buah epal lebih 3 bulan tidak nampak ada tanda rosak atau busuk mungkin ada kegunaan bahan kimia. Itu yang kita bimbangkan dengan makan buah-buahan untuk khasiat lain pula dapat.
    akubiomed recently posted…Jalan-jalan di Colmar Tropicale Berjaya HillsMy Profile

  4. JULIA JOHARI

    Woww banyak yer fakta ttg kebaikan buah lemon, mmg kagum lah…tp mmg mahal sebiji lemon dipasaran…tp mana lg penting kesihatan sendiri atau mahal tu yg difikirkan…kalau sakit lg mahal kan kos. TQ sharing!

Comments are closed.