Kasut Tumit Tinggi yang Menyakitkan

Kasut tumit tinggi yang menyakitkan | Memang diakui, kasut bertumit tinggi pelengkap gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan berbanding kasut bertapak rata.

Malah ia menambah sentimeter pada si pemakai agar kelihatan setanding dengan supermodel yang berjalan di pentas peragaan. Sekali gus, ia meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan si pemakainya lebih menarik.

Bahaya Berkasut Tumit Tinggi

Realitinya, tiada yang baik mengenai kasut tinggi kecuali rekaannya. Apa yang wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar, pemakaian kasut tinggi merosakkan badan mereka. Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai lagi masalah disebabkan oleh kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

Kasut Tumit Tinggi yang Menyakitkan

Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang. Menggunakan kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

25% berat badan dibebankan pada kaki

Kaki anda menahan 25% berat badan anda apabila anda memakai tumit tinggi yang tingginya lebih dari 5 cm. Semakin berat badan anda, beban yang harus anda tahan semakin besar.

Kasut Tumit Tinggi yang Menyakitkan

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki!

Kasut Tumit Tinggi yang Menyakitkan

The research also highlights an issue they have dubbed ‘pump bump‘- caused by the rigid backs or straps of high heels which irritate the heel and create a bony enlargement also known as Haglund’s deformity.

Ankle injuries are also a huge cause for concern as high heels impair balance and a wearer is therefore at greater risk of falling, which could lead to a sprained or broken ankle. High heels also cause the body’s weight to be redistributed and prolonged wear can lead to joint pain on the ball of the foot called Metatarsalgia.

The higher a heel, the more damage it will have on your Achilles tendon as it causes it to tighten up and create pain. And it seems that younger women are most at risk as a study found that the younger the woman, the higher their heels.

sumber : womenzmag

Terdapat banyak lagi kesan buruk akibat berkasut tumit tinggi ini namun MV tidak dapat selitkan kesemuanya di sini memandangkan ruang penulisan yang terhad.

Walaupun kerjaya anda menuntut anda sentiasa mengenakan tumit tinggi, tetapi anda haruslah pilih tumit tinggi yang selesa atau menukarnya ketika sedang berehat asalkan anda tidak terlalu kerap memakainya.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Kasut Tumit Tinggi yang Menyakitkan

5 thoughts on “Kasut Tumit Tinggi yang Menyakitkan

Comments are closed.