Hari ni MV ada satu berita gembira untuk dikongsi dengan parents semua sempena cuti sekolah yang dah bermula.

Siapa kat sini anak-anaknya memang minat dengan watak animasi nombor satu negara iaitu Upin dan Ipin? Yang pasti mesti ramai kan dan tidak sabar nak dengar berita gembira ni.

KARNIVAL UPIN & IPIN SUDAH KEMBALI!!! Tak percaya??? Betul, ni memang betul, betul, betul! Sudah pasti semua peminat Upin dan Ipin tertunggu-tunggu Karnival ni kan? Penantian peminat selama ni, akhirnya terjawab.

Jom memeriahkan Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang bermula hari ini 24 November sehingga 26 November 2017.

Dewan Utama (Dewan A)

  • Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
  • Penampilan istimewa Ultraman Ribut
  • Cosplay Puteri Limau

Jangan lepaskan persembahan Puteri dari Kerajaan Limau istimewa di Karnival Upin & Ipin. Antara Puteri Manis, Puteri Kasturi, Puteri Bali, Puteri Purut dan Puteri Nipis kawan-kawan nak jumpa puteri yang mana?

  • Pada Zaman Dahulu

Apa agaknya kisah Kancil dan haiwan-haiwan dalam Pada Zaman Dahulu? Mesti anak-anak dah lama tak dengar nasihat Aki dan mesti ramai yang nak berjumpa Ara & Aris

  • Upin & Ipin The Musical

Istimewa persembahan Upin & Ipin The Musical dengan lagu-lagu yang menghiburkan seperti Pengembala dan Biri-Biri, Bunga Matahari dan banyak lagi. Persembahan yang pasti buat anak-anakn turut menyanyi bersama-sama.

Dewan Magik (Dewan C)

  • Alam Dino

  • Rumah Opah

  • Bergambar bersama Ultraman Ribut

Apakah raksasa yang akan menyerang bumi? Adakah Ultraman Ribut akan datang bersama Ultraman yang lain?

 

  • Berinteraksi bersama Kak Ros

  • Studio Rakaman Pelakon Suara

Jadi tunggu apa lagi, jom datang beramai-ramai ke Karnival Upin & Ipin Luar Biasa 2017, rasai sendiri pengalaman yang pasti Luar Biasa!!! Sebarkan berita gembira ini pada kawan-kawan yang lain supaya mereka juga tahu tentang karnival ini, Upin dan Ipin Luar Biasa!!!

Sila follow waze untuk ke MAEPS yea.

 Boleh juga follow instagram dan facebook rasmi Upin Ipin untuk update terkini!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Jom Memeriahkan Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa di MAEPS Serdang sempena Cuti Sekolah

3 thoughts on “Jom Memeriahkan Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa di MAEPS Serdang sempena Cuti Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.