Perancangan keluarga adalah salah satu keperluan asas manusia. Maklumat mengenai perancangan keluarga merupakan bahagian penting dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menggalakkan kesihatan reproduktif.

Seringkali selepas bersalin, pada pertemuan pertama dengan Pakar Sakit Puan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, ibu akan dimaklumkan tentang kepentingan dan  yang ada disediakan. Nampak macam penting sangat mengambil perancang keluarga ni kan?

Kaedah perancang keluarga dapat mencegah kehamilan dengan menghalang proses persenyawaan atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Pemilihan kaedah perancang keluarga yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Perancang keluarga bertujuan untuk merancang bilangan anak, menjarakkan kehamilan dan menentukan masa kehamilan yang sesuai.

Perancangan keluarga adalah perkhidmatan yang menggalakkan kesihatan sistem pembiakan dalam pelbagai cara. Perancangan keluarga dalam kehidupan wanita dan lelaki mempunyai kesan positif, dan dengan cara berikut:

  • menyediakan maklumat yang diperlukan untuk memulakan keluarga
  • membolehkan kesaksamaan gender mengenai pendidikan seksual
  • mengurangkan kematian ibu
  • mengurangkan kematian bayi
  • meningkatkan jangka hayat yang diharapkan
  • memberikan gambaran yang lebih baik mengenai sifat dan cara penggunaan kontraseptif
  • menekankan pentingnya pemeriksaan ginekologi rutin
  • menyediakan program khas untuk pasangan muda.

Ketika bersalin anak pertama tahun 2011, MV mengambil kaedah perancang keluarga yang nurse cadangkan iaitu pil Noriday. MV ni mudah pelupa, kadang makan kadang tak, apabila terlupa tu, terus melekat anak kedua.

Then, selepas kelahiran anak kedua, doktor cadangkan kaedah implanon. Implanon ni juga kaedah perancang kehamilan. Kekal lah MV pakai sehingga 2 tahun. Agaknya kaedah implanon ni sangat tak sesuai dengan badan MV, MV datang haid selepas buang implanon ni. Bayangkan selama 2 tahun 4 bulan tak datang haid.

Apa Kaedah Yang Boleh Digunakan Sebagai Perancang Keluarga?

Terdapat beberapa Kaedah Merancang Keluarga yang terbukti berkesan secara saintifik, namun, kalau terlepas, itu sudah tentu rezeki daripada Allah.

Antara Kaedah Perancang Keluarga adalah;-

  1. Pil
  2. Suntikan Implan
  3. Alat Dalam Rahim – IUCD
  4. Kondom, Topi Servik, Diafram
  5. Kaedah Pemandulan Kekal bagi wanita (Ikatan pada Tiub Fallopian) dan bagi lelaki (Pembedahan Salur Air Mani)

Bagaimana Hendak Memilih Kaedah Yang Sesuai?

Semasa perancangan keluarga, perhatian besar diberikan kepada kesihatan ibu. Kesihatan ibu merujuk kepada penjagaan kesihatan wanita semasa mengandung, melahirkan anak dan selepas melahirkan anak.

Kaedah perancang keluarga yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah bergantung kepada kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

Pemilihan kaedah yang sesuai bergantung kepada individu. Ibu perlu mengkaji apa pilihan yang ada dan mengambilkira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan susu ibu, pengambilan ubat-ubatan serta lain-lain faktor.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Mengapa perancangan keluarga penting? | Implanon, IUCD, Pil Perancang, Suntikan Depo dan Ikat Peranakan

4 thoughts on “Mengapa perancangan keluarga penting? | Implanon, IUCD, Pil Perancang, Suntikan Depo dan Ikat Peranakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.