Hari ni bangun pagi jer soalan anak-anak “Ibu kita nak pergi jalan mana ye?”.

Oh my god, anak-anak kalau time weekend memang itu lah soalannya. Ibu sampai kering idea nak bawa anak-anak pergi mana.

Since Pusat Sains Negara dah buka kembali, so decided nak bawa kanak-kanak riang ni ke sana lah.

Kami bertolak dari rumah jam 0700am senan suami nak singgah ke kubur arwah ayah dulu. Then lepas tu singgah makan di Kudu Nasi Kandar pulak. Dah kenyang perut, suami memandu ke Bukit damansara dan bergantung sepenuhnya menggunakan Waze.

Lebih kurang 20 minit sampai, dah boleh nampak betapa banyak sangat kereta parking di kiri dan kanan jalan! Hmm, dikhabarkan ada 2000 parking disediakan. Tapi tak tau lah kalau 2000 itu adalah jumlah parking untuk semua kawasan di situ.

Cari punya cari, akhirnya dapat jumpa juga satu parking di tepi jalan melepasi 300m dari Pusat Sains Negara. tak risau nak kena berjalan jauh di bawah panas terik sebab ada jejantas yang disediakan. Nak buat camno, bukan kami je yang berminat dengan pameran dan aktiviti sains yang menarik di Pusat Sains Negara serta sangat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga ini. Kami dah sedia faham, bila ada pameran terbuka macam ini, parking sentiasa menjadi isu kritikal. Jadi, jika ibu bapa yang datang bawa baby tu, kena bersedialah jika terpaksa berjalan jauh ya! 😊

Jom lah kita tengok gambar 😘

Sebelum masuk kena pastikan ada tiket ye. Jangan risau buat masa sekarang masih lagi PERCUMA!

Akuarium Ikan Air Tawar

 

Ni muka ibu dan baba yang terpaksa tunggu anak-anak explore KidzWorld.

 

Anak-anak tengah mainkan piano gergasi, tapi tak tahu lah lagu apa 😂

Tidak rugi kami ke Pusat Sains Negara. Penatnya amat terasa tetapi kepuasan adalah ganjarannya. Masih banyak lagi exhibit yang tidak sempat kami cuba dan bermain dengannya. Insya Allah di lain ketika kami menyinggah lagi.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Jom Terokai Dunia Sains di Pusat Sains Negara

4 thoughts on “Jom Terokai Dunia Sains di Pusat Sains Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.