Jom Menonton Boboiboy The Movie | Wajib TONTON, itu lah perkataan yang MV dapat simpulkan selepas menonton Boboiboy The Movie hari Sabtu (05032016) lepas. MV pergi kat GSC, Alamanda saja sebab dekat dengan rumah.

Sebenarnya MV dah lama berjanji nak bawa anak-anak menonton Boboiboy The Movie sebab depa dah tengok teaser kat TV setiap hari. So, wajib tunaikan janji la untuk gembirakan hati depa dua ni.

MV beli tiket online 5 hari sebelum sebab tak suka nak beratur lama dan berebut-rebut time nak beratur tu. So, masa nak masuk tu just scan ja QR code tu.

Peminat Cilik Menonton Boboiboy The Movie

Lihat la aksi anak-anak MV ni. Ni, masa tunggu kat bawah nak masuk panggung. Walaupun nampak muka ‘mamai’ baru bangun tidur tetapi tetap posing juga.

Muka eksaited nak tengok #boboboy movie… . . Jom kawan2…???

A photo posted by NORIZA ABDUL RAHMAN (@nord_mek_za) on

Yang ni sempat la bergambar dengan poster Boboiboy masa kat atas sebelum masuk panggung tu.

Peminat Cilik Menonton Boboiboy The Movie

Kalau yang tak tengok lagi teaser Boboiboy The Movie ni, anda boleh tengok yang ni.

SINOPSIS

Filem yang mengisahkan Boboiboy dan kawan-kawan yang cuba menyelamatkan Ochobot yang diculik oleh geng Tengkotak, untuk mengesan sfera kuasa. Ada adegan menyayat hati apabila Boboiboy hampir kehilangan Ochobot.

Kesimpulan Menonton Boboiboy The Movie

MV, suami dengan anak-anak memang enjoy la. Tambahan pula dengan watak Papazola dan Gopal yang sangat kelakar. Memang tak kering gusi la menonton. Papazola ni suka buat benda yang pelik. Dia ni suka selfie. Yang Si Gopal ni pula macam ala-ala badut. Adegan yang paling best, masa geng Boboiboy ni sampai ke Pulau Terapung mencari Ochobot.

Ada sesetengah lawak yang disampaikan dalam filem ini, membuatkan panggung wayang tu bergema dengan gelak ketawa ibubapa. Best sangat!

5 Sebab Wajib Menonton Boboiboy The Movie

  1. Sesuai untuk ditonton tidak mengira usia
  2. Mempunyai jalan cerita yang menarik!
  3. Memperkenalkan watak-watak baru seperti KlamKabot, Bora Ra, Gaganaz, YoYoOo dan Kikita
  4. Mempunyai nilai-nilai murni, nasihat dan pengajaran seperti nilai persahabatan, pengorbanan dan kasih sayang serta cinta.
  5. Dihasilkan 100 peratus ‘Made in Malaysia’ oleh Animonsta Studios

Berapa Bintang?

MV bagi 5/5 bintang untuk keseluruhan filem ini. Wajib menonton Boboiboy The Movie ini sebab filem ini awesome penuh aksi kelakar. Jalan cerita yang sangat menarik dan tidak langsung membosankan anak-anak. Setiap scene akan buat kita tergelak kecuali ending yang sangat touching my heart.

Filem animasi Boboiboy The Movie ini digarap cukup sempurna oleh pengarahnya. Kualiti, storyline dan emosi bergerak secara seimbang.

BoBoiBoy The Movie telah berjaya memecah rekod kutipan filem tempatan, dengan jumlah RM3.2 JUTA dalam 4 HARI PERTAMA! TERBAIK!

Tunggu apa lagi? Bawa satu keluarga pergi menonton Boboiboy The Movie di pawagam berdekatan rumah anda. Support filem ni sebab filem ni memang TERBAIK!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Jom Menonton Boboiboy The Movie

10 thoughts on “Jom Menonton Boboiboy The Movie

Comments are closed.