Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur penuh dengan tarikan pelancongan. Dari kejauhan sudah kelihatan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang mendominasi pemandangan Pusat bandar kota metropolitan ini.

Selain perkembangan arus kemodenannya, Kuala Lumpur masih menyimpan sejarah dan binaan pentadbiran British seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

B E R C U T I, siapa yang tidak suka kan?

Memandangkan nilai mata wang negara kita masih tak naik-naik, eloklah bercuti di dalam negara saja kan? Apakata kali ini anda fokus bercuti di Kuala Lumpur pula.

Apa yang lebih penting, masa bersama keluarga. Mencipta momen yang akan menjadi rakaman terindah sepanjang hayat. Itu yang paling utama kan?

MV akur, bila sebut nak bercuti di Kuala Lumpur ni mesti tergambar diminda semua hotelnya bertaraf 5 bintang kan!. Kalau nak dikira bajet yang ala kadar mana mampu menginap di hotel sebegitu rupa. Chill dulu. Traveloka kan ada.

Dengan adanya Traveloka, memang sangat mudah dan pantas untuk membuat pilihan yang bijak. Anda hanya perlu memilih mengikut bajet anda dan harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi-baloi.

“Traveloka ~ laman sesawang tempahan tiket penerbangan dan hotel murah. Boleh dipercayai, diyakini selamat untuk digunakan. Perkhidmatan 24 jam secara atas talian”

Anda boleh menikmati pelbagai penjimatan hebat dengan promosi yang dijalankan. Jangan khuatir, tiada caj tersembunyi dikenakan keatas anda. Harga yang dipaparkan sudah termasuk cukai GST semua. Jadi itulah bayaran yang perlu anda jelaskan.

Jom bercuti bersama Traveloka dengan 6 pilihan hotel yang menarik

1. Reinforest Bed & Breakfast

Reinforest Bed & Breakfast ialah hotel butik yang menyediakan konsep hutan klasik dan taman yang menghijau. Hotel ini seakan-akan jauh dari bandar sedangkan hakikatnya ia terletak di tengah-tengah ‘Segitiga Emas’ bandaraya Kuala Lumpur. Hotel ini mengingatkan tetamunya kepada kampung halaman kerana seni bina yang berkonsepkan kayu serta corak ukiran yang cukup klasik.

rainforest-bed-and-breakfast
image credit to Rainforest bnb hotel

Ianya adalah sebuah bangunan mercu tanda dan satu kemestian bagi mereka yang menggemari seni fotografi.

Kawasannya yang sangat ‘happening’. Dengan berjalan kaki, anda boleh sampai ke tarikan utama di pusat bandar yang hanya beberapa meter sahaja dari hotel ini.

2. Container Hotel

container hotel kuala lumpur
Image credit to Traveloka

Anda mesti tidak menyangka Container Hotel ini mengambil inspirasi seni bina lestari dalam reka bentuknya. Ianya dihasilkan dari gabungan unik daya tarikan kontemporari dan inovatif dengan ciri ciri berwarna warni penuh dengan daya imaginasi.

Ianya terletak di Jalan Delima dan terlindung dari kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur. Destinasi penginapan yang cukup sempurna bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza.

Hotel ini amat sesuai bagi mereka yang gemar backpacking dan ingin merehatkan badan seketika cuma.

Apa yang menarik tentang hotel ini ialah terdapat gerai Chatime untuk anda menikmati minuman sejuk kegemaran anda. Jadinya tak perlu bersusah payah nak melepak di kedai mamak atau restoran 24 jam. Keluar sahaja dah boleh lepak minum di situ. Selain itu, situasinya yang strategik memudahkan anda untuk berjalan kaki ke tempat tumpuan pelancong iaitu Bukit Bintang Kuala Lumpur.

3. Manhattan Business Hotel

manhattan business hotel
Image credit to Manhattan Bussiness hotel

Manhattan Business Hotel yang terletak di Damansara Perdana amat sesuai bagi anda yang teringin untuk merasai kemodenan kota metropolitan. Hotel ini memberikan pengalaman eksklusif kepada tetamunya dan mempunyai tarikan yang tersendiri. 

Lokasinya sangat strategik dan menjadi tarikan pelancong kerana mudah dan cepat untuk sampai ke sana.

Dengan lokasi berhampiran dengan pusat membeli belah The Curve, IPC dan IKEA, hotel ini memberikan anda untuk peluang merasai suasana membeli-belah yang berbeza. Anak-anak boleh merasai pengalaman bermain sambil belajar di Kidzania.

Hotel ini dihias dengan gaya moden dan kemudahan yang disediakan sangat excellent! Jika anda terasa lapar atau ingin minum-minum bersama rakan dan keluarga, jangan risau, anda boleh turun ke kafe ditingkat bawah hotel.

Jadi, tunggu apa lagi, ‘grab your bag’ dan datanglah ke sini.


4. Hotel UFO Capsule, Kuala Lumpur

Inginkan hotel yang mudah untuk suri anda membeli belah? Inilah pilihan yang patut anda pertimbangkan.

Terletak di belakang Berjaya Times Square dan 5 minit berjalan di sekitar ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur, anda boleh merasai suasana kehidupan kota yang tidak pernah tidur.

ufo capsule
Image credit to Traveloka

Apa yang menarik adalah hotel ini menyediakan kemudahan tempat tidur berbentuk kotak yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan tetamunya seperti cermin, meja kecil dan plug. Hotel ini juga dilengkapi Wi-fi percuma yang memudahkan anda untuk mengakses internet.

5. V Garden Hotel

Jika anda penggemar konsep taman, datanglah ke V Garden Hotel! Hotel ini sangat menenangkan dan mendamaikan dan baik untuk korang berehat sebagai terapi diri. Hotel ini terdapat halaman tengah di Courtyard Cafe yang ditumbuhi pokok-pokok dan rumput yang menghijau.

v garden
Credit Image to V Garden

Anda pasti terpegun dengan suasana hotel yang terang benderang kerana hotel ini mempraktikkan konsep cahaya semulajadi dengan menyediakan panel kaca di atas bangunan bagi menerangi seluruh kawasan hotel.

Terdapat 5 jenis bilik berbeza yang boleh anda pilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda!

6. Sarang Mas – Sarang Vacation Homes

Jika anda ingin merasai pengalaman klasik, anda mesti memilih lokasi ini. Ia telah dianugerahkan Winner 2010, Choice Awards “TripAdvisor’s No.1 Bed & Breakfast” di Asia.

Sarang Mas
Image credit to Sarang Vacation Home

Sarang Mas – Sarang Vacation Homes di Bukit Bintang yang moden dan pesat membangun, hotel ini masih mengekalkan gaya klasik dengan binaan dibangunan lama yang dibina sekitar tahun 1920an.

Jika anda ke sini, jangan terkejut melihat suasana dan ambiencenya yang masih mengekalkan gaya dan nilai sejarah pada zaman dahulu.

Terdapat tiga pilihan bilik untuk anda yang berharga sekitar RM 120-RM 200 satu malam!

Semoga membantu anda mencari idea untuk memilih hotel di Kuala Lumpur nanti. Dah ada banyak pilihan menarik kat Traveloka yang dalam bajet ni kan?.

Rancang percutian dari sekarang dan buat pilihan yang bijak.

Layarilah laman sesawang rasmi Traveloka sekarang untuk dapatkan promosi. Buat carian dan terus book manamana hotel in Kuala Lumpur yang menambat hati anda sekeluarga.

Jom bercuti di Kuala Lumpur bersama Traveloka.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Hotel in Kuala Lumpur yang Unik dan Menjadi Tarikan Pelancong.

10 thoughts on “Hotel in Kuala Lumpur yang Unik dan Menjadi Tarikan Pelancong.

Comments are closed.