Hasrat nak bawa anak-anak menonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng tercapai juga bila pihak Denaihati sudi memberikan 4 tiket movie treat. Kami menonton di GSC, IOI Mall Putrajaya pada hari Rabu, 23 November 2016.

Jeng-jeng-jeng-upin-ipin

Sampai seawal pukul 7:30 malam, kami terus mendaftar dulu untuk dapatkan tiket serta door gift. Door gift tu anak-anak la yang paling seronok sebab ada pensil warna, kipas, sticker dan juga poster.

Jeng jeng jeng upin ipin

Anak-anak memang peminat animasi Upin Ipin ni. Kalau boleh dari baju, buku, pinggan, cawan semuanya nak ada gambar Upin Ipin.

Jeng-jeng-jeng-upin-ipin

Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek turut hadir pada malam itu sebagai tetamu kehormat.

Sinopsis Jeng Jeng Jeng, Upin dan Ipin

Ia menceritakan kisah anak yatim Aqish di Rumah Yatim Darul Makmur (dilakonkan oleh Puteri Balqis), yang membayangkan kembar Upin dan Ipin untuk menjelma menjadi nyata.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke Rumah Yatim Darul Makmur tempat tinggal Aqish. Dia terdengar perbualan Zaman (lakonan Gambit) dengan Nor (lakonan Sara Ali) bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Aqish mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin dan Ipin. Tanpa disangka Upin dan Ipin benar-benar wujud di hadapannya. Namun, kawan-kawannya tidak dapat melihat kelibat si kembar Upin dan Ipin.

Jeng Jeng Jeng.

Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Kebetulan selepas dihalau dari rumah sewa, Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Aqish yang sedih dan kecewa atas keputusan Nor.

Apa yang jadi seterusnya? Jeng Jeng Jeng.

Agak ambil masa juga sebelum munculnya Upin dan Ipin ni. Anak-anak pula asyik tanya mana lah upin ipin ni. Tak ada pun.

Jeng-jeng-jeng-upin-ipin

Masa nampak upin ipin ni bersembang dengan Aqish baru diorang suka melompat-lompat. Nampak sangat happy sebab mereka datang semata-mata nak tonton budak kembar yang sangat aktif ni.

Jeng-jeng-jeng-upin-ipin

Prestasi bertenaga oleh pemenang anugerah pelakon kanak-kanak Puteri Balqis tanpa ragu lagi sangat meyakinkan, realistik dan menghiburkan, dan dia juga sangat bagus dalam adegan yang menyentuh hati.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Jeng Jeng Jeng Upin Dan Ipin di pawagam berdekatan dengan anda bermula pada 24 November 2016 yang lalu.

Secara peribadi, MV berikan 4 bintang kerana kisah ini bukan semata-mata hiburan, namun penuh dengan sikap nilai murni untuk anak-anak pelajari.

Jangan mudah percaya dengan cakap negatif mengenai filem ini sebelum tonton sendiri filem ini. Anda tonton dan anda nilai sendiri kualiti filem ini. Enjoy! Jeng Jeng Jeng, filem terbaru Upin dan Ipin. Betul betul betul.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Jeng Jeng Jeng! Filem Terbaru Upin dan Ipin

12 thoughts on “Jeng Jeng Jeng! Filem Terbaru Upin dan Ipin

Comments are closed.