Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati

Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati | Alhamdulillah, rezeki manusia ni siapa yang tahu kan?. Patut la ada peribahasa “Untung sabut timbul, untung batu tenggelam”, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Terkejut bila dapat mesej dari abam Kid Shakiddo.com semalam jemputan makan malam bersama team Denaihati Network.

Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati

MV terpilih sebab menjadi 10 blogger paling peramah 2015. Peramah meninggalkan komen la  MV ni. Selain itu ramai juga yang MV kenali secara maya seperti MrHanafi, Sensasi2020, NikKhazami, SaniYunus dan Anuar. Ini semua rakan Best Blogger Network yang awesome. Rakan lain tu selalu juga MV mengunjungi blog mereka meninggalkan komen. Ini salah satu cara untuk meningkatkan trafik blog MV juga.

Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati

MV pernah menang Top 5 penulis komen November 2015 tu, masa tu tinggalkan 204 komen. Rezeki dapatla merasa sekotak Codi Cafe bernilai RM55. Rasanya ada 2 kali merasa Codi Cafe ni.

Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati

Terujanya MV nak bersua muka dengan semua blogger dan team Denaihati Network yang sememangnya terkenal dengan hashtag ‪#‎JemaahBisnisDenaihati‬ tu. Pastinya banyak ilmu yang boleh dikongsikan dengan MV blogger yang setahun jagung ni.

Siapa yang tak kenal dengan Denaihati Network ni kan. Pengasasnya ialah Tuan Amir Denaihati. Follower di facebook page sahaja 1,122,125 orang. Belum kira follower di instagram, twitter dan Google Plus. Pasti ramai yang kagum dengan usaha beliau untuk menaikkan jenama Denaihati Network ini.

Blog Denaihati pernah merangkul anugerah Best of Best Blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal Blog 2013. Tahun ini pula, blog Denaihati dicalonkan sebagai Best Blog of The Year MSMW 2016. Siapa yang belum mengundi tu sila lah cepat, mana tahu anda berpeluang mendapat Mini iPad pula dalam cabutan bertuah nanti.

InsyaAllah jika diizinkan Allah dapatla MV berjumpa dengan semua rakan blogger yang mendapat Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati ni. Terharu rasanya sebab mendapat penghargaan macam ni.

Semoga team Denaihati Network terus berjaya dengan ‪#‎JemaahBisnisDenaihati yang mereka usahakan sekarang ini.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati

18 thoughts on “Jemputan Makan Malam Bersama Team Denaihati

Comments are closed.