Jangkitan Kuman dan Pengaliran Darah Tersekat Menyebabkan Risiko Gangren !

Home / Health Info / Cardiovascular/Heart / Jangkitan Kuman dan Pengaliran Darah Tersekat Menyebabkan Risiko Gangren !

Jangkitan dan Kekurangan Pengaliran Darah Meningkatkan Risiko Gangren !

Risiko Gangren | Pernah dengar kan pasal gangren ni? Gangren adalah kerosakan atau kematian organ atau tisu yang disebabkan oleh kehilangan bekalan darah.

Risiko gangren ini terjadi apabila seseorang mengalami luka, jangkitan atau masalah kesihatan yang kronik seperti diabetes dan atherosclerosis.

Anggota badan yang diserang gangren memang agak mengerikan. Kalau dah mencapai tahap kronik, kulit atau tisu akan berubah menjadi coklat gelap atau kehitaman. Pesakit juga turut menderita kesakitan yang amat sangat.

Kebanyakan orang dewasa penghidap kencing manis atau atherosclerosis berisiko diserang gangren ekoran kekurangan darah yang mengalir ke anggota badan tertentu.

risiko gangren

“Biasanya kaki gangrene lebih sinonim dengan mereka yang menghidap diabetes.

Bagaimanapun, sekiranya kaki anda menjadi gangrene secara tiba-tiba tanpa sebarang gejala, ini menandakan pengaliran pada pembuluh darah arteri anda bermasalah.”

Atherosclerosis menjadi punca berlakunya peripheral arterial disease (PAD) yang menyebabkan dinding saluran darah menebal dan kurang elastik. Bahagian yang tebal dengan pemendakan lemak ini dikenali sebagai plak.

risiko gangren

Jika pemendakan terlalu tebal atau pecah, serpihan ini boleh menyumbat kelancaran darah dalam saluran darah arteri. Kerosakan pada dinding saluran darah arteri sekali gus mengganggu kelancaran aliran darah yang boleh berlaku bukan sahaja pada tangan dan kaki malahan saluran darah jantung, otak dan buah pinggang.

BERKAITANBahaya Plak Kolesterol di dalam Arteri Menyebabkan Strok dan Sakit Jantung!

Kesannya, bahagian tubuh yang tidak dapat menerima oksigen ini akan mula rosak dan boleh mati.

Pesakit diabetes pula cenderung untuk mengalami masalah luka di kaki kerana kewujudan ulser akibat luka yang tidak dirawat awal. Apabila luka berkenaan dijangkiti kuman dan aliran bekalan darah tidak sampai ke bahagian kaki yang terjejas, maka risiko gangren adalah tinggi.

Pesakit kencing manis mempunyai 15% risiko untuk dipotong kaki mereka. Apabila berlaku gangren, anggota badan yang berkenaan perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa dan bahagian anggota lain. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka!

BERKAITANKawal Diabetes TANPA Insulin

Apa perasaan anda bila tengok gambar macam ni? Ngilu dan pedih kan? Apa lagi insan yang menanggungnya. Ini adalah testimoni pesakit diabetes kronik yang menjalani pembedahan memotong satu jari kaki akibat luka yang dah dijangkiti bakteria.

“..kaki yang sblum tu doktor br lps operate buang 1 jari. slps tu dktor ambik kulit di bahagian peha utk tampal dibahagian kaki..sblm tu mmh xley nk duduk sbb sakit kat kaki n peha..alhamdulillah lps ambik vivix pertama luka cepat sembuh.dibahagian peha pulih sepenuhnya..di bhagian kaki mcm dlm pic..”

risiko gangren

Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai penyakit kencing manis, nasihatkan mereka untuk segera berjumpa doktor sekiranya kaki mereka terluka.

Selain menjaga pemakanan dan aktif beriadah bagi mengawal paras gula dalam darah, penghidap diabetes juga disaran sentiasa membersihkan dan memeriksa keadaan kaki dan keseluruhan tapak kaki setiap hari supaya luka baru dapat dirawat dengan segera.

BERKAITAN : Paras Gula Dalam Darah Stabil

Jika berminat mendapatkan Vivix®, sila hubungi MV dengan kadar SEGERA!

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

7 Comments

Comments are closed.