Jangkitan Kudis Buta Anak Sudah Kering dan Sembuh

By | July 14, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook5

Jangkitan Kudis Buta | Salam Eidulfitri untuk semua rakan-rakan pembaca blog MV. Alhamdulillah, MV pun selamat beraya di kampung halaman di Kedah. Cuti seminggu juga la di kampung pasal nak beraya dengan adik beradik 10 orang yang tak ramai tu  😛

Tapi raya kali ni, habuan MV la anak-anak tak berapa sihat. First, kakak kena semput (asthma) malam raya tu, siap kena pergi sedut gas (nebulizer). Si adik pula, MV ingat dia terkena alahan, tapi rupa-rupanya terkena jangkitan kudis buta.

Kalau nak diikutkan, MV memang tak pernah berhadapan dengan isu kudis buta atau scabies ni. Jadinya, kurang la ambil tahu mengenai kisah jangkitan kudis buta ni. So, bila anak sendiri dah kena jangkitan kudis buta ni, wajib la tanya pakcik google dan rakan MV yang juga seorang doktor.

MV tak tahu istilah yang sebenar sebab bila google jumpa page DR Zubaidi, cakap kudis buta ni impetigo. Tapi bila tanya rakan MV dia cakap ini scabies.

Apa itu Jangkitan Kudis Buta?

“Biodata Sarcoptes Scabies:

Tengok gambar dekat bawah ni, itu la Sarcoptes Scabies. Kutu ni berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, kemudian ia akan bertelor dan mati, telor tersebut akan menetas menjadi kutu dan ia akan hidup selama 30 hari.”

jangkitan kudis buta

Tengok gambar pun dah geli kan, MV duk bayangkan kutu ni menggigit anak-anak MV, hadoi memang mengerikan.

Rasa gatal yang teramat sangat adalah respon alahan terhadap najis hama kudis buta yang berada di bawah lapisan kulit.

Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit. Serangan jangkitan kudis buta ni merebak dengan cepat dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Tanda Jangkitan Kudis Buta pada Anak-anak

Biasanya kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini akan mengalami kegatalan kulit pada waktu malam dan ada ruam merah yang gatal muncul. Ruam ni akan muncul di pergelangan tangan, siku, ketiak, bawah dada, punggung, lutut, jari dan kemaluan.

Kegatalan tersebut juga boleh menyebabkan kulit berkudis. Secara tidak langsung, kulit mudah sangat dijangkiti oleh bakteria.

Selain ruam merah yang gatal, penghidap kudis buta juga akan mengalami kulit melepuh.

Anak MV terkena jangkitan kudis buta ni pada mulanya di muka. Tapi selepas dia suka menggaru tanpa sedar kulit digaru sehingga luka, habis kudis tu merebak ke leher, kulit kepala, ketiak, celah paha dan lengan.

jangkitan kudis buta

Jangkitan kudis buta ni juga dah merebak ke kakaknya pula. So, terpaksa la MV uruskan untuk kedua-duanya sekali.

jangkitan kudis buta

Pencegahan dan Rawatan JANGKITAN KUDIS BUTA Sebelum Merebak Kepada Orang Lain

MV gunakan Gentamicin Cream yang doktor syorkan. Ubat ini MV sapu hanya waktu siang sahaja.

Selain dari mendapatkan rawatan doktor dengan ubat-ubatan, MV amalkan juga pencegahan untuk menghapuskan kegatalan kulit akibat jangkitan kudis buta ni.

  • Membersihkan semua tempat yang bermasalah

Semua cadar, selimut dan pakaian anak-anak MV basuh dan rendam dengan air panas dan bancuhan Basic H.

Rendaman Basic H dan air panas ni membantu mematikan kitaran hidup kutu Scabies tu.

Ini kerana hama scabies ini akan mati dalam keadaan suhu 60 darjah celcius.

  • Menjaga kebersihan diri

Kuku tangan dan kaki anak-anak semua di potong pendek. Si adik pula rambut la yang jadi mangsa ibu. Sebab bila rambut panjang tutup muka, dia cepat berpeluh. Bila berpeluh dia suka menggaru. Itu yang habis satu badan bakteria merebak.

  • Sapuan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Krim serbaguna ni sangat baik untuk mengurangkan rasa gatal jangkitan kudis buta. Macam mana nak guna? Senang saja. Selepas mandi MV sapukan krim ni kat semua tempat yang terkena kudis buta.

  • Pencuci Serbaguna Organik Basic H2™

Basic-H ni pencuci serbaguna. MV gunakan untuk membasuh pakaian, tuala, selimut dan cadar yang digunakan anak-anak. Sangat jimat tau. Sebab apa setiap kali nak basuh tak payah guna banyak-banyak pun basic-H ni. Untuk setiap cucian menggunakan mesin basuh cukup 1 hingga 2 sudu besar basic-H sahaja.

  • Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Chewable Vita-C ni kegemaran anak-anak MV. Jadi tak sukar nak suruh makan. Vitamin C ni juga membantu meningkatkan sistem imun badan anak-anak MV yang terkena kudis buta. Bila dah sistem imun kuat insyAllah cepatlah sembuh kudis tu.

Cadangan Vitamin Menangkis Serangan Jangkitan Kudis Buta

MV sarankan kepada anda atau anak-anak yang ada masalah scabies ini untuk mencuba set ini untuk kegunaan dalaman dan luaran. Bagi membasmi hama kudis buta yang mungkin masih berada dalam kulit kita. Jangan biarkan ianya semakin melarat.

Pengambilan vitamin ini membantu kanak-kanak agar sentiasa sihat dan terhindar dari pelbagai jangkitan penyakit.

jangkitan kudis buta

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun:

  1. Meal Shakes – multivitamin berbentuk powder, detoksifikasi, agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan, membekalkan nutrisi pada sel tubuh, mencantikkan kulit
  2. NutriFeron® – mengukuhkan sistem imun, berkesan melindungi tubuh dari virus, alergi
  3. Chewable Vita-C Plus™ 100 mg – menyokong sistem pertahanan semulajadi, mencantikkan kulit, mengurangkan alahan
  4. Herbal Blend® Multi-Purpose Cream – untuk kegunaan luar sahaja, boleh di sapu pada kulit yang bemasalah

Nak dapatkan vitamin untuk nyahkan dan mencegah kudis buta (scabies)?

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee? Join Ahli sekarang  😆

esell-shaklee-logo-500x351

20 thoughts on “Jangkitan Kudis Buta Anak Sudah Kering dan Sembuh

  1. Nur Razali

    Ya Allah tengok gambar kutu tu pun da mengerikan..anak2 kak nord cmne sekarang? Semoga cepat sembuh ye..

Comments are closed.